Mandi Janabah (Siri 6)

Thursday, January 27, 2011

Bab Mandi Janabah

Maka untuk menjelaskan perkara ini marilah kita merujuk hadits-hadits tentang cara-cara yang dilaksanakan oleh Nabi saw apabila mandi janabah. Dari Aisyah:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ رَسُولِ اللهِ ص اِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الْجَنَابَةِ يَبْدَأُ فَيَغْسِلُ يدَيْهِ، ثُمَّ يُفْرِغُ بِيَمِيْنِهِ عَلَى شِمَالِهِ، فَيَغْسِلُ فَرْجَهُ، ثُمَّ يَتَوَضَّأُ ثُمَّ يَأْخُذُ الْمَاءَ، فَيُدْخِلُ اَصَابِعَهُ فِي اُصُوْلِ الشَّعْرِ – وَفِيْ لَفْظٍ: حَتَّى اِذَا رَاَى اَنْ قَدِ اسْتَبْرَأَ، - ثُمَّ حَفَنَ عَلَى رَأْسِهِ ثَلاَثَ حَفَنَاتٍ، ثُمَّ اَفَاضَ عَلَى سَائِرِ جَسَدِهِ، ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ.
Bahawa Nabi saw bila mandi disebabkan janabat (bersetubuh), mulai dengan mencuci kedua tangan, lalu menuangkan air dengan tangan kanan ke tangan kirinya dan mencuci kemaluannya, kemudian berwudhuk (seperti halnya ketika hendak solat), lalu diambilnya air dan dimasukkannya jari-jarinya ke dalam urat rambut (pangkal rambut) - dalam lafaz lainnya: (...dimasukkan jari-jarinya ke dalam urat rambut sehingga beliau merasa bersih), - kemudian ia tuang atas kepalanya tiga tuangan, kemudian ia siram ke seluruh badannya, kemudian ia cuci kakinya. Muttafaq 'alaih

Sebuah hadits dari Maimunah katanya:

وَضَعْتُ لِلنَّبِيِّ ص مَاءً يَغْتَسِلُ بِهِ، فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَهُمَا مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا ثُمَّ اَفْرَغَ بِيَمِيْنِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَغَسَلَ مَذَاكِيْرَهُ ثُمَّ دَلَكَ يَدَهُ بِالأَرْضِ ثُمَّ مَضْمَضَ وَأَسْتَنْشَقَ، ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ، ثُمَّ غَسَلَ رَأْسَهُ ثَلاَثًا، ثُمَّ اَفْرَغَ عَلَىجَسَدِهِ، ثُمَّ تَنَحَّى مِنْ مَقَامِهِ فَغَسَلَ قَدَمَيْهِ، قَالَتْ: فَأَتَيْتُهُ بِخْرِقَةٍ فَلَمْ يُرِدْهَا وَجَعَلَ يَنْفُضُ الْمَاءَ بِيَدِهِ.
Saya sediakan bagi Nabi saw air untuk bersuci, maka dituangkannya air itu ke kedua tangan dan dibasuhnya dua atau tiga kali. Setelah itu dituangkannya air dengan tangan kanan kepada tangan kirinya lalu membasuh bahagian kemaluannya dan menggosokkan tangannya ke tanah, lalu berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Setelah itu beliau saw membasuh mukanya dan dua tangannya kemudian dibasuh kepalanya tiga kali, kemudian ditimbakannya ke seluruh tubuhnya. Lalu ia mengundurkan diri dari tempat berdirinya dan membasuh kedua telapak kakinya. Ulasnya (Maimunah): maka ku bawakan untuknya guntingan kain, tetapi rupanya tidak diperlukannya (Nabi saw), dan biaskan air (di badan) dengan tangannya.
Diriwayatkan oleh Jamaah.

Cara-cara mandi janabah bagi lelaki menurut sunnah Rasulullah saw.
Setelah kita merujuk hadits-hadits di atas maka di bawah ini adalah tatacara yang kita dapati dari hadits-hadits tersebut.
1. Niat mandi janabah yang beralasan dari sabda Rasulullah saw:
اِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَانَوَى
Bermaksud: Setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan setiap manusia akan beroleh apa yang diniatkannya.
Riwayat Al-Jamaah

2. Mencuci kedua tangan. Riwayat Aisyah tidak menjelaskan berapa kalikah dibasuh kedua tangan di mana secara umumnya menunjukkan kepada hanya sekali basuhan tetapi daripada riwayat Maimunah pula terdapat perincian dibasuhnya kedua tangan itu dua atau tiga kali.

3. Menuangkan air dengan tangan kanan kepada tangan kiri lalu membasuh kemaluan/bahagian kemaluan menggunakan tangan kiri. Kemudiannya, digosok tangan kiri itu ke tanah.

4. Berwudhuk sebagaimana wudhuk untuk solat. Perlakuan ini beralasankan hadits Aisyah. Terdapat pula segolongan yang lain berpandangan memadai dengan berkumur dan menghisap air ke hidung lalu membasuh muka dan dua tangan. Perlakuan ini berdalilkan hadits Maimunah. Kedua-dua cara ini adalah berdasarkan keterangan hadits sebagaimana yang diceritakan oleh isteri-isteri Rasulullah saw.

5. Mencedok air dengan tangan lalu menyeli-nyeli jari-jari ke rambut sehingga ke pangkal rambut atau mencecah kulit kepala. Perlakuan ini hanya diperoleh dari keterangan Aisyah. Adapun daripada hadits Maimunah, terus kepada langkah di no. 6

6. Tuang air tiga saukan tangan di atas kepala dengan dimulai kepala bahagian kanan, kemudian kiri kemudian atas kepalanya. Ini berdasarkan hadits yang diterima daripada Aisyah:

كَانَ رَسُولُ اللهِ ص إِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الْجَنَابَةِ دَعَا بِشَيْئٍ مِنَ الْحِلاَبِ فَأَخَذَ بِكَفَّيْهِ فَبَدَأَ بِشِقِّ رَأْسِهِ الاَيْمَنِ ثُمَّ الاَيْسَرِ، ثُمَّ اَخَذَ بِكَفَّيْهِ فَقَلَبَهُمَا عَلَى رَأْسِهِ
Adalah Rasulullah saw apabila mandi disebabkan janabat, dimintanya air secukupnya, kemudian diambilnya dengan dua telapak tangannya dan dimulainya dengan kepala yang sebelah kanannya kemudian baru sebelah kiri. Setelah itu disauknya dengan kedua tapak tangannya dan ditimbakannya ke atas kepalanya.
Bukhari & Muslim

7. Meratakan saukan air ke seluruh badan dengan memulai dari sebelah kanan. Ini berdasarkan kefahaman hadits daripada Aisyah ia berkata:

كَانَ رَسُوْلُ الله ص يُحِبُّ التَّيَمُّنَ فِيْ شَأْنِهِ كُلِّهِ فِيْ تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُوْرِهِ
Adalah Rasulullah saw suka mendahulukan yang kanan baik di ketika memakai sepatunya, di kala menyisir rambutnya, di kala bersuci bahkan di setiap pekerjaannya.
Bukhari & Muslim

8. Membasuh kedua kaki memulai dari kaki kanan dan diikuti kaki kiri.

PERINGATAN: Sebaiknya sebelum dicelupkan tangan ke dalam bejana (sebelum dicedok air dengan tapak tangan buat pertama kalinya), hendaklah dibasuh tapak tangan diluar bejana jika dibimbangi terdapat kotoran atau najis pada tangan tersebut.

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ عَنْ رسول الله ص أَنَّهُ قَالَ: اِذَا اسْتَيْقَظَ اَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلاَ يَغْمِسْ يَدَهُ فِى الاِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلاثًا فَاِنَّهُ لاَ يَدْرِى اَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda: Apabila bangun seseorang daripada kamu dari tidurnya, maka janganlah ia selamkan tangannya di bijana sebelum ia cuci tiga kali kerana ia tidak tahu di mana telah bermalam tangannya.
Muttafaq ‘Alaih dan lafaz di atas adalah dari Muslim.


Mandi kerana mengangkat hadas besar bagi wanita (mandi kerana haid, nifas dan junub)
Satu perkara yang jelas dalam bab ini iaitu para wanita tidak perlu merungkaikan sanggulnya ketika mandi. Ini sebagaimana hadits daripada Ubeid bin Umeir:

بَلَغَ عَائِشَةَ أَنَّ عَبْدَ اللهِ بْنِ عُمَرَ يَأْمُرُ النِّسَاءَ إِذَا اغْتَسَلْنَ أَنْ يَنْقُضْنَ رُءُوْسَهُنَّ فَقَالَتْ يَا عَجَبًا لاِبْنِ عُمَرَ، يَأْمُرُ النِّسَاءَ إِذَا اغْتَسَلْنَ بِنَقْضِ رُءُوْسِهِنَّ. أَفَلاَ يَأْمُرُهُنَّ أَنْ يَحْلِقْنَ رُءُوْسِهِنَّ! لَقَدْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللهِ ص مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ، وَمَا أَزِيْدُ عَلَى أَنْ أُفْرِغَ عَلَى رَأْسِى ثَلاَثَ إِفْرَغَاتٍ.
Aisyah mendapat berita bahawa Abdullah bin Umar menyuruh perempuan-perempuannya menguraikan jalinan rambutnya bila mandi. Maka katanya: “Aneh sekali Ibnu Umar, disuruhnya perempuan-perempuannya menguraikan rambutnya bila mandi, kenapa tidak disuruhnya saja mereka memotong rambutnya. Sedangkan aku mandi bersama Rasulullah saw dari sebuah batil (bekas air) dan yang ku kerjakan tidak lebih dari menuangkan air ke atas kepalaku sebanyak tiga cebukan.
Riwayat Ahmad & Muslim

Terdapat di kalangan ulama yang memandang bahawa cara mandi janabah bagi wanita adalah sama seperti mandi janabah bagi lelaki, hanyalah yang membezakannya adalah wanita tidak perlu merungkaikan sanggulnya ketika mandi. Dalam urusan agama, pandangan ulama itu tidak dapat kita jadikan ikutan atau sandaran melainkan setelah jelas terang keterangannya dari syara'. Jika kita perhatikan daripada keterangan-keterangan hadits, tiada kita peroleh perincian yang jelas daripada Rasulullah saw tentang cara mandi janabah bagi wanita. Sepotong hadits daripada Ummu Salamah:

أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّى امْرَأَةٌ أَشُدُّ ضِفْرَ رَأْسِى أَفَأَنْقُضُهُ لِلْجَنَابَةِ؟ قَالَ: إِنَّمَا يَكْفِيْكِ أَنْ تَحْثِىَ عَلَيْهِ ثَلاَثَ حَثَيَاتٍ مِنْ مَاءٍ ثُمَّ تُفِيْضِى عَلَى سَائِرِ جَسَدِكِ. فَإِذَا أَنْتِ قَدْ طَهُرْتِ.
Bahawa seorang wanita bertanya kepada Rasulullah saw: “Jalinan rambutku amat ketat, haruskah diuraikan jika hendak mandi janabah?”. Ujar Nabi saw: “Cukuplah bila kau tuangkan ke atasnya air sebanyak tiga kali, kemudian kau timbakan ke seluruh tubuhmu. Dengan demikian bererti kau telah suci”.
Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Turmidzi yang padanya hasan lagi sahih

Satu hadits yang ringkas, penjelasan daripada Rasulullah bahawa wanita yang berjunub itu memadai baginya menuangkan air ke atas kepalanya tiga kali lalu menuangkan air ke seluruh tubuhnya, dengan demikian bererti ia telah suci. Kita lihat keterangan hadits lainnya.

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ يَزِيْدُ سَأَلَتِ النَّبِيَّ ص عَنْ غُسْلِ الْمَحِيْضِ قَالَ: تَأْخُذُ إِحْدَاكُنَّ مَاءَهَا وَسِدْرَتَهَا فَتُطَهِّرَ فَتُحْسِنَ الطُّهُورَ ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكَهُ دَلْكً شَدِيْدًا حَتَّى يَبْلُغَ شُئُونَ رَأْسِهَا، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَيْهَا الْمَاءَ، ثُمَّ تَأْخُذُ فِرْصَةً مُمَسَّكَةً فَتُطَهِّرَ بِهَا، قَالَتْ أَسْمَاءُ: وَ كَيْفَ تُطَهِّرُبِهَا؟ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ! تَطَهَّرِى بِهَا، فَقَالَتْ عَائِشَةُ كَأَنَّهَا تُخْفِى ذَلِكَ. تَتَبَّعِى أَثَرَ الدَّمِ: وَسَأَلْتُهُ عَنْ غُسْلِ الْجَنَابَةِ فَقَالَ: تَأْخُذِى مَاءَكِ فَتَطَهَّرِيْنَ فَتُحْسِنِيْنَ الطُّهُورَ أَوْ أَبْلِغِى الطُّهُورَ، ثُمَّ تَصُبُّ عَلَى رَأْسِهَا فَتَدْلُكُهُ حَتَّى يَبْلُغَ شُئُونَ رَأْسِهَا ثُمَّ تُفِيْضُ عَلَيْهَا الْمَاءَ، فَقَالَتْ عَائِشَةُ: نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الاَنْصَارِ، لَمْ يَمْنَعْهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِى الدِّيْنِ.
Bahawa Asma' binti Yazid menanyakan kepada Nabi saw tentang cara mandi perempuan haidh, maka ujarnya: Hendaklah ia mengambil air dengan daun bidara, lalu berwudhuk dengan sebaik-baiknya, kemudian hendaklah ia menimbakan air ke atas kepala dan menggosoknya dengan keras hingga sampai ke urat-urat rambut lalu menuangkan air lagi ke atasnya. Setelah itu hendaklah diambilnya sepotong kapas yang dibubuhi minyak wangi lalu bersuci dengan itu. Bertanyalah Asma': “Bagaimana caranya ia bersuci itu?”. Ujar Nabi: “Subhanallah! Bersucilah dengan itu!”. Maka berkatalah Aisyah seakan-akan berbisik: “Gosokkan kepada bekas darah!”. Kemudian ditanyakannya kepada Nabi tentang mandi janabah, maka ujar Nabi: “Ambil air lalu berwudhuk dengan baik atau sampai selesai, kemudian hendaklah tuangkan air ke atas kepala dan gosok hingga sampai ke urat-urat lalu tuangkan lagi air ke atasnya. Berkata Aisyah: “Wanita-wanita Ansar adalah sebaik-baik wanita! Mereka tidak malu-malu untuk menyelami agama”.
Diriwayatkan oleh Jamaah kecuali Tirmidzi.

Hadits di atas memperincikan dengan lebih mendalam kaifiyat mandi bagi wanita namun jika kita perhatikan dalam hadits ini, Rasulullah saw tidak menerangkan tentang ditimbakan air ke seluruh badan. Maka di sini, ulama telah menggabungkan kesekian hadits-hadits dalam bab ini supaya diperoleh satu kaifiyat yang menyeluruh. Dengan berdasarkan keterangan hadits, dapat difahami terdapat dua kaedah mandi yang ditunjukkan Rasulullah saw iaitu mandi kerana haid dan mandi kerana junub.

Mandi haid/nifas
1. Wanita yang berhaid dianjurkan mandi dengan air yang dicampur daun bidara.
2. Berwudhuk
3. Menuangkan air ke atas kepala dan menggosok-gosok kepala dengan keras sehingga air sampai ke urat-urat rambut
4. Dituangkan air lagi ke atas kepala
5. Mengambil sepotong kapas yang telah diletakkan minyak wangi padanya lalu bersuci dengannya yakni digosokkan kapas itu pada kesan-kesan darah
6. Menyiramkan air ke seluruh tubuh


Apakah perlu seorang wanita ketika mandi wajib selepas haid menggunakan wangian pada farajnya atau memadai sekadar dilalukan air sahaja?

Pada asalnya, seorang wanita yang mandi wajib selepas haid itu memadai dengan membersihkan anggotanya terutama faraj atau alat sulitnya, kemudian dipastikan air meratai tubuhnya. Namun hadith Nabi s.a.w juga menunjukkan menggunakan wangian pada tubuh dan faraj semasa mandi wajib adalah disunatkan.
Daripada ‘Aisyah: Bahawa Asma` bertanya Nabi s.a.w. mengenai mandi wanita haid. Sabda baginda: “Hendaklah seseorang kamu mengambil air dan daun bidaranya, dia bersihkan dengan sebaiknya. Kemudian dia curahkan air ke atas kepalanya dan menggosoknya betul-betul sehingga sampai ke akar rambutnya. Kemudian dia siram ke atas kepalanya air. Kemudian dia ambil kapas yang bercampur kasturi dan dia bersihkan dengannya”. Kata Asma`: Bagaimana (cara) dia bersihkan dengannya? Sabda Nabi: Subhana Allah!! Bagaimana engkau hendak bersihkan dengannya?!!. Kata ‘Aisyah: Seakan dia menyembunyikan perkara itu (Dia memperlahankan suaranya agar hanya didengar oleh Nabi s.a.w tetapi tidak didengar oleh orang lain). (Sabda Nabi): “Engkau ikuti kesan darah”. Dia bertanya (pula) tentang mandi junub. Sabda Nabi: “Hendak dia (seseorang perempuan) mengambil air dan bertuhur (berwuduk) serta mengelokkan tuhur itu atau menyempurnAkan tuhur. Kemudian hendaklah dia curahkan air ke atas kepalanya lalu menggosoknya sehingga ke akar rambut. Kemudian dia mencurahkan air ke atasnya”. Kata ‘Aisyah: “Sebaik-baik wanita, wanita Ansar, malu tidak pernah menghalang mereka bertafaqquh dalam agama. (Riwayat al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim. Hadith di atas adalah dengan lafaz al-Imam Muslim. Juga al-Nasai dalam Sunannya, Kitab al-Taharah dan Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Taharah).
Ada beberapa faedah yang boleh diambil daripada hadith ini, antaranya Rasulullah membenarkan Asma bertanya persoalan yang agak peribadi bagi wanita. Ini menunjukkan guru atau tokoh agama tidak boleh menghalang persoalan-persoalan yang sedemikian jika tujuannya adalah untuk ilmu menimba pengetahuan. Tidak perlu malu dalam masalah hukum-hakam syarak. Juga, hadith ingin mengingatkan haid biasanya meninggalkan kesan bau yang kurang enak pada wanita, maka mereka disuruh menggunakan bahan-bahan yang menghilangkan kesan tersebut. Penggunaan apa-apa bahan samada bersifat tradisi atau moden yang membantu menghilangkan kesan tersebut, adalah menunaikan tuntutan hadith. Maka wanita disunatkan mencari wangian ketika mandi wajib untuk membersih dan mewangikan tubuh juga faraj atau alat sulit mereka.


Mandi janabah
1. Berwudhuk
2. Menuangkan air ke atas kepala dan menggosok-gosok kepala hingga air sampai ke urat-urat rambut
3. Dituangkan lagi air ke atas kepala
4. Menyiramkan air ke seluruh tubuh


Permasalahan
1. Dalam bab menuangkan air ke atas kepala bagi wanita, terdapat di kalangan ulama yang memandang bahawa dituangkan air ke atas kepala sebanyak tiga kali dengan digosokkan kepala supaya air sampai ke urat-urat rambut. Ini berdasarkan keterangan Aisyah daripada hadits-hadits di atas.

2. Dalam bab membasuh kaki di akhir mandi janabah (bagi lelaki dan wanita), segolongan ulama berpandangan memadai dengan dibasuh kedua-dua kaki (dimulai dengan kaki kanan kemudiannya kaki kiri) tanpa diperincikan kaifiyatnya kerana tiada diperoleh perinciannya daripada hadits-hadits Rasulullah saw dalam bab mandi janabah. Adapun segolongan ulama lainnya dalam menerangkan cara membasuh kaki maka mereka mengqiyaskannya dengan cara membasuh kaki dalam berwudhuk iaitu dimulakan basuhan dari kaki hingga ke buku lali. Diriwayatkan dalam sepotong hadits:

ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى اِلَى الْكَعْبَيْنِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ
Kemudian beliau membasuh kaki kanannya sehingga dua buku lalinya tiga kali kemudian membasuh kaki kirinya sedemikian juga.
Muttafaq ‘Alaih.

Al-Mustaurid bin Syaddad memberitakan:
رَاَيْتُ رَسولَ اللهِ اِذَا تَوَضَّأ يُدَلِّكُ اَصَابعَ رِجْلَيْهِ بخِنْصِرِهِ
Saya melihat Rasulullah saw apabila berwudhuk, dia menggosok anak-anak jari kedua kakinya dengan jari kelingkingnya.
Riwayat Abu Daud dengan darjat sahih.

Mengambil kira betapa Rasulullah saw mementingkan memulai dari anggota yang sebelah kanan dan kemudian yang sebelah kiri di dalam berwudhuk dan lain-lain urusan, maka dipergunakan untuk kias ke dalam urusan mandi janabah. Ini kerana perbuatan wudhuk berkait rapat dengan mandi janabah, di mana urusan mandi janabah itu sendiri dimulakan dengan membasuh anggota wudhuk. Oleh itu membasuh kaki di akhir mandi janabah, caranya mencontohi membasuh kaki semasa berwudhuk. Cuma dalam hal membasuh kaki semasa mandi janabah ini tidak dinyatakan berapa kali. Maka basuhlah sehingga rata kesemua bahagian kaki iaitu dari jari-jari kaki sehingga ke buku lali. Demikianlah penjelasan yang dapat diberikan dalam hal membasuh kaki dan memulakan basuhan kaki dari anggota yang kanan lalu diikuti sebelah kiri.

Selepas mandi Rasulullah saw tidak mengeringkan badan dengan kain tetapi membiaskan air di badannya dengan tangannya. Ini beralasankan hadits dari Maimunah yang berbunyi:
فَأَتَيْتُهُ بِخْرِقَةٍ فَلَمْ يُرِدْهَا وَجَعَلَ يَنْفُضُ الْمَاءَ بِيَدِهِ
Ulasnya (Maimunah): maka ku bawakan untuknya guntingan kain, tetapi rupanya tidak diperlukannya (Nabi saw), dan biaskan air (di badan) dengan tangannya.
Diriwayatkan oleh Jamaah.

Apakah perlu berwudhuk sesudah selesai mandi janabah?
Tidak ditemukan satu keterangan yang sahih bahawa selepas mandi janabah perlu pula mengambil wudhuk untuk solat. Berkata Aisyah dalam perkara ini:

كَانَ رَسُولُ اللهِ ص لاَ يَتَوَضَّأُ بَعْدَ الْغُسْلِ مِنَ الْجَنَابَةِ
Rasulullah saw tidak berwudhuk lagi setelah mandi dari janabah.
Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaie, Tirmizi & Ibnu Majah. Kata Tirmizi: Hadits ini hasan shahih.

Hadits ini menerangkan dengan khusus bahawa Rasulullah saw tidak lagi berwudhuk setelah mandi janabah di mana dapat kita fahami dari hadits ini, perlakuan mandi janabah itu telah melengkapi wudhuk. Sesungguhnya dalam permasalahan ini, kita dapati terdapat ulama yang mengatakan tidak perlu berwudhuk lagi setelah mandi janabah (dengan berdalilkan hadits di atas) sedang segolongan ulama lainnya menyatakan adalah lebih baik jika kita berwudhuk setelah selesai mandi janabah, iaitu setelah selesai mengangkat hadas besar maka adalah lebih baik jika kita mengangkat hadas kecil pula...... lalu bagaimanakah pendirian kita?

Maka kita renungkan kembali sepotong hadits Rasulullah saw:

فَاِنَّ خَيْرَ الْحَدِيْثِ كِتَابَ اللهِ وَخَيْرَ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ......
Maka sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad saw………. Shahih Muslim

Dan diterima dari Ibnu Umar bahawa dia mengatakan kepada seorang lelaki sebagai tanggapan atas ucapan bahawa dia berwudhuk setelah mandi: “Anda terlalu berlebih-lebihan!”. Rujukan Fikih Sunnah – Sayyid Sabiq.

Berkata Abu Bakar Ibnul Arabi: Para ulama tidak berselisih pendapat bahawa wudhuk itu telah termasuk dalam mandi, dan bahawa niat bersuci dari janabat mencakupi bersuci dari hadas (hadas kecil) dan dapat menghilangkan hadas itu, kerana halangan dari janabat lebih besar (banyak) dari halangan hadas, hingga yang kecil pun termasuk dalam niat yang besar (banyak), dan niat yang lebih besar mencakupi niat yang lebih kecil.

Penjelasan dari isteri Nabi saw, sahabatnya dan pandangan ulama kiranya telah jelas bagi kita untuk membuat keputusan bahawa bila suatu perbuatan itu tidak ada contoh dari Rasulullah saw, maka tidaklah perlu kita pertahankan, dan jalan yang terbaik ikutlah cara yang dicontohkan oleh Rasulullah saw, iaitu apabila sudah mandi janabah dan kita hendak solat, maka teruskanlah bersolat tanpa perlu kepada berwudhuk lagi.

Apa yang perlu kita ingat, sudahilah mandi janabah itu dengan membasuh kaki, kerana itulah sunnah Nabi saw dan sesudah selesai pada mandi, kita tidak dihalangi dengan perkara-perkara yang membatalkan wudhuk seperti kentut, membuang air kecil dan lain-lainnya perkara yang membatalkan wudhuk. Maka dengan demikian bolehlah kita terus mengerjakan solat.

Tidak timbul masalah darihal air musta'mal atau air bekas dicelup tangan tidak boleh digunakan sama ada untuk berwudhuk atau mandi janabah kerana memang sunnahnya mandi janabah itu Nabi saw lakukan dengan mencelupkan tangan lalu dituangkan tiga kali ke atas kepala dan sebelumnya Nabi basuh tangannya di luar bekas air terlebih dahulu. Dari Aisyah:

...........ثُمَّ يَأْخُذُ الْمَاءَ، فَيُدْخِلُ اَصَابِعَهُ فِي اُصُوْلِ الشَّعْرِ – وَفِيْ لَفْظٍ: حَتَّى اِذَا رَاَى اَنْ قَدِ اسْتَبْرَأَ، - ثُمَّ حَفَنَ عَلَى رَأْسِهِ ثَلاَثَ حَفَنَاتٍ........،
......lalu diambilnya air dan dimasukkannya jari-jarinya ke dalam urat rambut (pangkal rambut) - dalam lafaz lainnya: (...dimasukkan jari-jarinya ke dalam urat rambut sehingga beliau merasa bersih), - kemudian ia tuang atas kepalanya tiga tuangan..... Muttafaq 'alaih

Sebuah hadits lagi:

إِغْتَسَلَ بَعْضُ أَزْوَاجِ النَّبِىِّ ص فِى جَفْنَةٍ قَجَاءَ النَّبِيُّ ص لِيَتَوَضَّأَ مِنْهَا، أَوْ يَغْتَسِلَ، فَقَالَتْ لَهُ يَا رَسُولَ اللهِ: إِنِّى كُنْتُ جُنُبًا! فَقَالَ: إِنَّ الْمَاءَ لاَ يَجْنُبُ.
Salah seorang isteri Nabi saw mandi dari sebuah pasu. Tiba-tiba Nabi saw datang untuk berwudhuk atau mandi dari air tersebut, maka berkatalah isterinya itu: “Ya Rasulullah, saya ini junub!”. Ujar Nabi: “Tetapi air tidak junub!”.
Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasai dan Turmidzi dengan katanya hadith ini hasan lagi sahih.

Sebuah hadits lagi bermaksud:
Dan Aisyah biasa mandi bersama Rasulullah saw dari bejana (batil), sehingga mereka saling mendahului, sampai Nabi mengatakan kepadanya: “Tinggalkan buatku”. Rujukan Fikih Sunnah.

Dari hadits di atas, maka tidak dilarang mandi bersama antara suami isteri dan tidak dilarang saling celup-mencelup air dengan tangan semasa mandi janabah.

Maka ditimbulkan dari hal mandi dalam keadaan telanjang, apakah dibolehkan? Maka untuk penjelasannya, marilah kita merujuk keterangan di bawah ini;

Menurut Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fikih Sunnah tidaklah mandi dalam keadaan telanjang itu dilarang jika tempatnya tertutup atau terhindar dari pandangan mata manusia. Ini berdasarkan hadits dari Abu Hurairah dari Nabi saw yang berbunyi:

بَيْنَا أَيُّوبُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَغْتَسِلُ عُرْيَانًا فَخَرَّ عَلَيْهِ جَرَادٌ مِنْ ذَهَبٍ، فَجَعَلَ أَيُّوبُ يَحْثِى فِى ثَوْبِهِ، فَنَادَاهُ رَبُّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى: يَا أَيُّوبُ أَلَمْ أَكُنْ أَغْنَيْتُكَ عَمَّا تَرَى؟ قَالَ: بَلَى وَعِزَّتِكَ وَلَكِنْ لاَ غِنًى عَنْ بَرَكَتِكَ

Sewaktu Nabi Ayub as mandi dalam keadaan telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya, seekor belalang emas. Ayub pun segera mengambil kainnya, maka dia pun dipanggil oleh Tuhannya yang Maha Keramat dan Maha Tinggi: “Hai Ayub! Bukankah engkau telah cukup kaya hingga tak memerlukan lagi barang yang kau lihat tadi itu?”. Ujar Ayub: “Benar, demi kemuliaanMu! Tetapi aku tak dapat mengabaikan berkahMu”.
Hadits riwayat Ahmad, Bukhari dan Nasai. Terdapat juga sepotong riwayat yang semakna dengan hadits di atas daripada Bukhari yang menjelaskan darihal Nabi Musa as. pernah mandi telanjang.

Kita lihat keterangan seterusnya.

عَنْ يَعْلَى بْنِ اُمَيَّةَ قَالَ: اِنَّ رَسُوْلَ الله ص رَأَى رَجُلاً يَغْتَسِلُ بِالْبَرَازِ فَصَعِدَ الْمِنْبَرِ فَحَمِدَ اللهَ وَاَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ: اِنَّ اللهَ حَيِّيٌ سِتِّيْرٌ يُحِبُّ الْحَيَاءَ وَالسِّتْرَ فَاِذَا اغْتَسَلَ اَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَتِرْ
Daripada Ya'la bin Umaiyyah ia berkata: Bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki mandi di tempat terbuka (dengan telanjang) maka naiklah Rasulullah saw ke atas mimbar lalu memuji Allah kemudian beliau bersabda: Bahawasanya Allah sangat pemalu dan sangat menyembunyikan diri (menutup diri). Dia menyukai orang yang pemalu dan menutup diri, kerana itu apabila seseorang kamu mandi, hendaklah ia menutup dirinya . Riwayat Abu Daud & Nasaie

Jika kita kumpulkan hadits-hadits berkaitan mandi, apakah dibenarkan mandi telanjang atau tidak? Maka dapat kita simpulkan bahawa berkain basah (menutup badan di kala mandi) di dalam kamar yang tertutup adalah satu perbuatan yang harus dan tidaklah dilarang / tidak menjadi kesalahan jika mandi dalam keadaan telanjang dalam kamar yang tertutup / bukan di tempat pandangan umum (ini beralasankan hadits yang menerangkan Nabi Ayub dan Nabi Musa yang pernah mandi telanjang di mana Rasulullah menceritakan peristiwa tersebut tanpa menerangkan apa-apa lagi, maka difahamkan dari yang demikian bahawa perkara itu (mandi telanjang di tempat tertutup) dibenarkan dalam syariat). Adapun mandi dengan telanjang atau dengan membuka aurat di tempat terbuka maka yang demikian itulah yang dilarang.

Apakah boleh kita memotong kuku, rambut dan berbekam dalam keadaan junub? Maka tiadalah saya temui larangannya berdasarkan hadits-hadits sahih. Sayyid Sabiq memberi pandangan tidak ada halangan atau tegahan, juga tidak makruh memotong kuku, rambut dan berbekam berdasarkan hadits dari Atha’ yang bermaksud:
Orang junub itu boleh berbekam, memotong kuku dan memangkas rambut walaupun tanpa wudhuk lebih dahulu.
Diriwayatkan oleh Bukhari.

Sekianlah yang dapat dijelaskan untuk pengetahuan kita bersama, jika ada yang lebih terang dan jelas dari Al-Quran dan hadits yang hasan dan sahih maka sama-sama kita bentangkan atau bincangkan, moga kita memperoleh petunjuk jalan yang benar.

SOALAN

Bagaimanakah hukumnya jika mandi janabah tidak dikerjakan sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah, bolehkah kiranya berwudhuk itu diakhirkan ..... setelah mandi seluruh badan barulah berwudhuk?
Saya tidak tahu untuk berhukum, apakah sah mandi janabah itu atau tidak, tidaklah saya berani untuk menetapkan hukumnya. Apa yang dapat saya ulaskan, mandi janabah itu satu urusan syara' yang telah ada contohnya daripada Rasulullah maka kerjakanlah ia sebagaimana yang dicontohkan kepada kita. Sekiranya mandi janabah itu boleh dilakukan sewenang-wenangnya maka tidak perlulah kiranya Rasulullah contohkan pada kita. Apa yang jelas, mandi janabah ini berkaitan urusan agama maka sepotong hadits untuk kita jadikan renungan:

عَنْ اَنَسٍ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله ص: اِذَا كَانَ شَيْءٌ مِنْ اَمْرِ دُنْيَاكُمْ فَاَنْتُمْ اَعْلَمُ بِهِ فَاِذَا كَانَ مِنْ اَمْرِ دِيْنِكُمْ فَاِلَيَّ
Daripada Anas ia berkata: Bersabda Rasulullah saw: Apabila ada sesuatu dari urusan dunia kamu maka kamu lebih mengerti tentangnya, apabila ada sesuatu dari urusan agama kamu maka hendaklah kamu mengikut saya
Hadits shahih riwayat Ahmad

Bagi mereka yang jahil atau tidak mengetahui, maka sama-samalah kita berusaha menyampaikan, Adapun bagi yang telah mengetahui tatacara mandi janabah Rasulullah maka amalkanlah ia.

Sumber = Koleksi teks kuliah ilmu Persatuan Al-Islah,Perlis.

Mandi Janabah 5

Friday, February 5, 2010

Bab Istihadhah
Seterusnya, kita masuk pula dalam bab istihadhah. Kita telah bincangkan secara ringkas tentang hal ini dalam bab-bab yang lalu, pada kali ini eloklah kita perincikan atau halusi lagi bab ini agar kita benar-benar faham kerana jika kita sebagai ibu bapa tidak faham, kepada siapa anak-anak kita hendak bertanya. Kita mulakan dengan darah istihadhah.

Makna istihadhah itu adalah: ‘darah yang keluar terus-menerus dan mengalirnya bukan pada waktu’. Ini beralasan dengan hadits Ummu Salamah:

اَنَّهَا اسْـَفْتَتِ النَّبِيَّ ص فى امْرَأَةٍ تُهْراَقُ الدَّمِ فَقَالَ: لِتَنْظُرْ قَدْرَ اللَّيَالِىَ وَالأَيَّامِ كَانَتْ تَحِيْضُهُنَّ وَقَدْرَهُنَّ مِنَ الشَّهْرِ. فَتَدَعُ الصَّلاَةَ. ثُمَّ لْتَغْتَسِلْ وَلْتَسْتَثْفِرْ ثُمَّ تُصَلِّى.
Bahawa dia bertanya fatwa kepada Nabi saw berhubung dengan wanita yang keluar darah yang banyak. Maka dia (Nabi saw) berkata: “Hendaklah dia melihat kadar malam dan siang yang mereka selalu datang haidh, dan kadar masanya dalam sebulan. Maka hendaklah dia tinggalkan solat (pada masa haidh yang lazim). Kemudian hendaklah dia mandi janabah dan memakai cawat, dan bolehlah solat”.
Diriwayatkan oleh Malik, As-Syafie dan ‘Lima’ kecuali Turmidzi.

Hadits ini adalah bagi orang yang mengetahui lazim kedatangan haidhnya, lalu ia berhenti solat pada waktu tersebut, misalnya ia biasa kedatangan haid selama 8-9 hari maka dalam tempoh yang demikian hendaklah ia tinggalkan solat dan apabila telah berhenti dari darah haid, ia mandi janabah lalu solat. Maka darah yang masih keluar itu dikira istihadhah.

Bagaimana pula jika haidh itu sejak mula ia keluar (telah bersama) ada istihadhah. Contohnya darahnya datang 20-25 hari. Ini telah saya jelaskan pada bab yang lalu, bahawa ada anak gadis yang mungkin tidak faham lalu mereka menganggap ianya sebagai haidh. Jawapannya tidak ada satu nas pun yang menjelaskan bahawa haidh itu boleh sampai 20-25 hari, paling panjang menurut pandangan ulama hanyalah 15 hari. Kita telah jelaskan panjang lebar dari hal ini pada pelajaran yang lalu. Sila rujuk kembali. Apa yang perlu dibuat oleh anak gadis yang menghadapi masalah istihadhah dari awal haidh adalah terbahagi kepada dua cara tindakan:
1) Apabila telah datang darah 6-7 hari ia berhenti, lalu ia mandi janabah dan bolehlah dia solat atau berpuasa. Kerana selebihnya dari 6-7 hari itu dikira istihadhah.
2) Mengenal pasti darah yang hitam semasa awal datangnya haidh. Apabila habis saja darah hitam (yang tinggal darah merah) maka mandilah janabah dan solat serta berpuasalah. Peringatan; kaedah ini hanyalah untuk orang yang ada istihadhah sahaja (sebab darah haidh itu darah yang hitam).

Alasan tentang bab ini telah saya berikan dalam pelajaran kita tentang haidh, tetapi agar lebih jelas saya ulangi sekali lagi untuk kefahaman kita. Berkata Humnah binti Jahsy:

قَالَتْ: كُنْتُ اُسْتَحَاضُ حَيْضَةً شَدِيْدَةً كَثِيْرَةً فَجِئْتُ رَسُوْلَ الله ص أَسْتَفْتِيْهِ وَأُخْبِرُهُ فَوَجَدْتُهُ فِيْ بَيْتِ أُخْتِيْ زَيْنَبَ بِنْتِ جَحْشٍ، قَالَتْ فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ الله، إِنِّى اُسْتَحَاضُ حَيْضَةً كَثِيْرَةً شَدِيْدَةً فَمَا تَرَى فِيْهَا وَقَدْ مَنَعْتَنِيْ الصَّلاَةَ وَالصِّيَامَ؟ فَقَالَ: اَنْعَتْ لَكِ الْكُرْسُفَ فَاِنَّهُ يُذْهِبُ الدَّمَ، قَالَتْ هُوَ اَكْثَرُ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ: فَتَلَجَّمِيْ. قَالَتْ: اِنَّمَا اَثُجُّ ثَجَثًا فَقَالَ: سَآمُرُكِ بِاَمْرَيْنِ اَيُّهُمَا فَعَلْتِ فَقَدْ اَجْزَأَ عَنْكِ مِنَ الآخَرِ، فَاِنْ قَوِيْتِ عَلَيْهِمَا فَاَنْتِ اَعْلَمُ، فَقَالَ لَهَا: اِنَّمَا هَذِهِ رَكْضَةٌ مِنْ رَكَضَاتِ الشَّيْطَانِ فَتَحِيْضِيْ سِتَّةَ اَيَّامٍ اِلَى سَبْعَةٍ فِيْ عِلْمِ اللهِ ثُمَّ اغْتَسِلِيْ حَتَّى اِذَا رَاَيْتِ اَنَّكِ قَدْ طَهُرْتِ وَاسْتَنْقَيْتِ فَصَلِّيْ اَرْبَعًا وَعِشْرِيْنَ لَيْلَةً اَوْ ثَلاَثًا وَعِشْرِيْنَ لَيْلَةً وَاَيَّامَهَا وَصُوْمِيْ فَاِنَّ ذَلِكَ يُجْزِئُكِ وَكَذَلِكَ فَافْعَلِيْ فِيْ كُلِّ شَهْرٍ كَمَا تَحِيْضُ النِّسَاءُ وَكَمَا يَطْهُرْنَ بِمِيْقَاتِ حَيْضِهِنَّ وَطُهْرِهِنَّ، وَاِنْ قَوِيْتِ عَلَى اَنْ تُؤَخِّرِيْ الظُّهْرَ وَتُعَجِّلِيْ الْعَصْرَ فَتَغْتَسِلِيْنَ ثُمَّ تُصَلِّيْنَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيْعًا ثُمَّ تُؤَخِّرِيْنَ الْمَغْرِبَ وَتُعَجِّلِيْنَ الْعِشَاءَ ثُمَّ تَغْتَسِلِيْنَ وَتَجْمَعِيْنَ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ فَافْعَلِيْ وَتَغْتَسِلِيْنَ مَعَ الْفَجْرِ وَتُصَلِّيْنَ وَكَذَلِكِ فَافْعَلِيْ وَصَلِّيْ وَصُوْمِيْ اِنْ قَدِرْتِ عَلَى ذَلِكَ....وَقَالَ رَسُوْلُ الله ص: وَهَذَا أَحَبُّ الأَمْرَيْنِ اِلَيَّ
Berkata Humnah: Aku wanita yang beristihadhah, keluar darah yang banyak dan lama. Maka aku pergi kepada Nabi saw untuk bertanyakannya maka kudapati beliau berada di rumah adikku, Zainab binti Jahsy. Maka aku berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ini beristihadhah haid yang banyak dan lama, maka apa pendapat engkau sedang engkau telah larang aku dari solat dan puasa? Bersabda Nabi saw: Aku anjurkan padamu memakai kapas kerana ia dapat menyerap darah. Berkata Humnah: Tetapi ini lebih banyak lagi. Bersabda Rasulullah saw: Kalau begitu, ikatlah erat-erat dengan kain. Berkata Humnah: Tetapi ia tetap mengalir deras. Bersabda Rasulullah saw: Aku akan perintahkan engkau dengan 2 perkara, boleh pilih salah satu dari keduanya dan jika telah dikerjakan salah satu di antaranya, maka tidak perlu lagi pada yang lain. Tetapi jika kau sanggup melakukan keduanya, itu terserah kepadamu. Bersabda lagi Nabi saw: Sesungguhnya ini hanyalah satu dari gangguan syaitan. Maka jadikanlah masa haidmu 6 atau 7 hari dengan sepengetahuan Allah kemudian mandilah apabila engkau merasakan dirimu sudah suci dan bersih maka solatlah selama 24 malam atau 23 malam dan siangnya dan berpuasalah, demikian itu diberi ganjaran bagimu. Maka engkau lakukanlah demikian pada setiap bulan sebagaimana haidnya wanita-wanita dan sucinya mereka pada kadar waktu masing-masing. Jika engkau mampu untuk mengundurkan Zohor dan menyegerakan Asar, hendaklah engkau mandi dan solat Zohor dan Asar secara jama'. Kemudian engkau mengundurkan Maghrib dan menyegerakan Isyak dengan mandi dan menjama'kan dua solat tersebut, maka kerjakanlah (jika mampu). Lalu di waktu Subuh, kau mandi dan solat, demikianlah. Oleh kerana itu, beramallah, solatlah dan puasalah jika engkau mampu melaksanakannya. Dan sabda Rasulullah saw: Cara yang terakhir inilah yang lebih aku sukai.
Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Turmidzi (dan berkata Turmidzi: Hadits ini hasan sahih, katanya lagi: Dan ketika saya tanyakan pendapat Bukhari, ia menjawab: Hadits itu hasan. Ahmad bin Hanbal berkata bahawa hadits itu hasan lagi shahih).

Hadits seterusnya:

عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ قَالَ: اِنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ اَبِى حُبَيْشٍ كَانَتْ اُسْتُحِيْضَتْ فَقَالَ لَهَا رَسُوْلُ الله ص: اِنَّ دَمَ الْحَيْضِ اَسْوَدُ يُعْرَفُ فَاِذَا كَانَ ذَلِكَ فَاَمْسِكِيْ عَنِ الصَّلاَةِ وَاِذَا كَانَ الأَخَرَ فَتَوَضَّئِى وَصَلِّيْ فَاِنَّمَا هُوَ عِرْقٌ
“Daripada Urwah bin Zubair ia berkata: Sesungguhnya Fatimah binti Abi Hubaisy adalah seorang yang beristihadhah. Maka bersabda Rasulullah saw kepadanya: Sesungguhnya darah haidh itu adalah (darah) hitam yang diketahui. Apabila demikian, maka berhentilah solat. Kalau lain dari itu hendaklah mengambil wudhuk dan dirikan solat, kerana ia adalah dari urat”.
Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Hibban dan Ad-Daraquthni yang mengatakan: Semua perawinya dapat dipercaya. Diriwayatkan juga oleh Hakim dan ia berkata: Atas syarat Muslim.

Kesimpulannya:
Bahawa wanita atau gadis yang berdarah istihadhah itu, apabila telah pasti lepas pada lazim haidhnya, maka wajib ia mandi janabah dan mendirikan solat atau berpuasa atau lain-lain ibadah.

Tidak diwajibkan mandi janabah kecuali pada selepas habis kelaziman haidh, di waktu lain jika ia hendak solat hendaklah ia berwudhuk sahaja. Tetapi jika ia mampu untuk mandi maka disunatkan malah itu lebih disukai Rasulullah saw. Bagi wanita yang istihadhah, wajib mengambil wudhuk bagi tiap-tiap waktu solat, berdasarkan hadits:

ثُمَّ تَوَضَّئِى لِكُلِّ صَلاَةٍ
Kemudian hendaklah engkau mengambil wudhuk bagi tiap-tiap solat.
Diriwayatkan oleh Bukhari.

Pandangan ini dipegang oleh kebanyakkan ulama salaf dan khalaf, atau dikenali dengan jumhur ulama.

Wanita yang istihadhah hendaklah dia membasuh kemaluannya sebelum mengambil wudhuk, dan mengalaskan kain atau kapas untuk menghalang kekotoran dan mengurangkannya. Jika darah tidak memancut keluar, letakkan cawat di kemaluan atau pun alaskan ‘tuala wanita’. Ini adalah ikhtiar yang lebih baik dan disunnahkan.

Wanita istihadhah tidaklah boleh mengambil wudhuk sebelum masuk waktu solat. Ini pendapat jumhur. Maka tidak perlu mendahulukan wudhuk sebelum masuk waktu yang diperlukan.

Bahawa wanita-wanita istihadhah harus bersetubuh dengan suami mereka dalam keadaan darah mengalir. Ini pandangan jumhur ulama kerana tidak ada dalil yang mengharamkan persetubuhan. Ibnu Abbas berkata:

الْمُسْتَحَاضَةُ يَأْتِيْهَا زَوْجُهَا إِذَا صَلَّتْ فَالصَّلاَةُ أَعْظَمُ
Wanita istihadhah boleh disetubuhi oleh suaminya. Jika dia dibolehkan solat maka yang demikian itu lebih besar. Maka solat itu lebih besar (yakni apabila wajib baginya solat sedangkan darah masih mengalir dan ia adalah disyaratkan bersih) dan haruslah bersetubuh.
Diriwayatkan oleh Bukhari

وَعَنْ عِكْرِمَةَ قَالَ: اِنَّ حُمْنَةَ بِنْتَ جَحْشٍ كَانَتْ تُسْتَحَاضُ وَكَانَ زَوْجُهَا يُجَامِعُهَا
Dari Ikrimah ia berkata: Sesungguhnya Humnah binti Jahsy adalah wanita istihadhah dan suaminya bersetubuh dengannya dalam keadaan yang demikian.
Riwayat Abu Daud

Maka berkaitan dengan wanita yang beristihadhah, tiadalah diperoleh larangan atau batasan sebagaimana wanita yang berhaid atau nifas, boleh dia melakukan ibadah-ibadah seperti solat, puasa beriktikaf, membaca Al-Quran dan sebagainya. الله اعلم

Bab Nifas
Nifas ini maknanya ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita disebabkan melahirkan anak. Dalam hal ini ulama telah mengkiaskan (mensabitkan) keguguran dalam erti yang sama iaitu sama halnya dengan melahirkan anak, jika ada darah yang mengiringi keguguran maka darahnya dikira darah nifas. Kias ini bukannya bersandarkan akal tetapi berdasarkan hadits Rasulullah saw yang akan kita bincangkan. Hadits berkaitan wanita yang bernifas digunakan untuk perempuan yang keguguran dan ada padanya darah yang keluar dari kemaluan, diqiyaskan menggunakan kaedah ‘kias dari yang sejenis dengannya’ iaitu bersalin dan keguguran dari kejadian yang sejenis atau di atas sebab yang sama, yang satunya melahirkan anak dan yang satu lagi melahirkan janin yang tidak sempurna, kadang-kala hanya gumpalan darah.

Jangka waktu yang minima bagi wanita yang bernifas tidak dijelaskan, maknanya boleh berlaku dalam waktu yang singkat dan sepanjang-panjangnya adalah tidak melebihi 40 hari. Ini bersandarkan hadits Ummu Salamah, ia berkata:

كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ ص أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا
Di masa Rasulullah saw, perempuan-perempuan yang di dalam nifas itu tinggal duduk sahaja, tidak beribadat selama 40 hari.
Diriwayatkan oleh ‘lima’ kecuali Nasai. Rujukan Fikih Sunnah.

Manakala bagi lafaz Abu Daud dan Tirmizi, terdapat tambahan:

.....اَرْبَعِيْنَ يَوْمًا وَاَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً
………40 hari dan 40 malam

Berkata Tirmidzi darihal hadits ini: “Para ahli ilmu di antara sahabat-sahabat Nabi saw dan tabiin serta orang-orang di belakang mereka telah sekata (ijma') bahawa perempuan-perempuan yang sedang bernifas itu menghentikan solat mereka selama 40 hari, kecuali bila keadaan suci terlihat sebelum waktu tersebut, maka ketika itu hendaklah mereka mandi dan solat. Dan jika darah terlihat setelah masa 40 hari, maka kebanyakkan ahli (hadits) berpendapat, mereka tidak boleh meninggalkan solat setelah lebih 40 hari”. Kita lihat sepotong riwayat lagi daripada Ummu Salamah:

عَنْ اُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ: اِنَّهَا سَأَلَتْ رَسُوْلَ الله ص: كَمْ تَجْلِسُ الْمَرْأَةُ اِذَا وَلَدتْ؟ قَالَ: اَرْبَعِيْنَ يَوْمًا اِلاَّ اَنْ تَرَى الطُّهْرَ قَبْلَ ذَلِكَ
Daripada Ummu Salamah ia menerangkan bahawa ia pernah bertanyakan Rasulullah saw tentang kadar lamanya seseorang perempuan menjalankan nifasnya. Bersabda Rasulullah saw: (Lamanya wanita bernifas itu) 40 hari kecuali jika dia suci sebelum itu.
Riwayat Daruqutni

Disebabkan tidak banyak hadits yang dapat dijadikan panduan dalam hal nifas maka ulama-ulama ahli hadits telah mengkiaskan hukum dengan menggunakan hadits dari hal haidh untuk menjelaskan permasalahan nifas. Kita renungkan dua hadits di bawah:

خَرَجَ رَسُوْلُ الله ص فِيْ اَضْحَى اَوْ فِطْرٍ اِلَى الْمُصَلِّى فَمَرَّ عَلَى النِّسَاءِ فَقَالَ: يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ فَاِنِّيْ رَاَيْتُكُنَّ اَكْثَرَ اَهْلِ النَّارِ، فَقُلْنَ: وَلِمَ يَا رَسُوْلَ الله؟ قَالَ: تُكْثِرْنَ اللَّعْنَ وَتَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ. مَا رَاَيْتُ مِنْ نَاقِصَاتِ عَقْلٍ وَدِيْنٍ اَذْهَبَ لِلُبِّ الرَّجُلِ الْحَازِمِ مِنْ اِحْدَاكُنَّ! قُلْنَ: وَمَا نُقْصَانُ عَقْلِنَا وَدِيْنِنَا يَا رَسُوْلَ الله؟ قَالَ: أَلَيْسَ شَهَادَةُ الْمَرْأَةِ مِثْلَ نِصْفِ شَهَادَةِ الرَّجُلِ؟ قُلْنَ: بَلَى. قَالَ: فَذَلِكَ مِنْ نُقْصَانِ عَقْلِهَا، أَلَيْسَ اِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ؟ قُلْنَ: بَلَى. قَالَ: فَذَلِكَ نُقْصَانُ دِيْنِهَا
Rasulullah saw pergi ke tempat solat di waktu Hari Raya Adha atau Fitri maka beliau saw melewati pada kaum wanita. Bersabda Rasulullah saw: Wahai golongan wanita, bersedekahlah kalian kerana saya lihat kamu sekalianlah penduduk yang terbanyak dari neraka. Bertanya para wanita: Mengapa demikian wahai Rasulullah? Ujar Nabi saw: Kalian banyak mengutuk dan ingkar kepada suami. Tak seorang pun yang saya lihat orang yang singkat akal dan kurang agama yang dapat mempengaruhi akal lelaki yang teguh melebihi kalian! Bertanya para wanita: Di mana letaknya kekurangan akal dan agama kami wahai Rasulullah? Jawab Nabi saw: Bukankah kesaksian wanita nilainya separuh dari kesaksian lelaki? Jawab para wanita: Benar. Bersabda Nabi saw: Demikian itu disebabkan kurangnya akal mereka (wanita). Bukankah bila mereka haid, mereka tidak solat dan puasa? Jawab para wanita: Benar. Bersabda Rasulullah saw: Demikian itulah kekurangan agama mereka Bukhari & Muslim

عَنْ اُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ: كَانَتِ الْمَرْأَةُ مِنْ نِسَاءِ النَّبِيِّ ص تَقْعُدُ فِي النِّفَاسِ اَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً لاَ يَأْمُرُهَا النَّبِيُّ ص بِقَضَاءِ صَلاَةِ النِّفَاسِ
Daripada Ummu Salamah ia berkata: Bahawa isteri Nabi saw yang melahirkan anak, tidak solat selama masa nifasnya 40 malam. Nabi saw tidak menyuruhnya mengqadha solat yang telah ditinggalkan selama itu. Riwayat Abu Daud dengan darjat hasan.

Dari dua keterangan hadits di atas, menjelaskan bahawa wanita yang berhaid itu tidak mengerjakan solat di kala keluarnya darah haid dan ketetapan yang sama juga berlaku pada wanita yang bernifas di mana mereka tidak mendirikan solat selama waktu nifas dan kedua-duanya (wanita berhaid dan wanita bernifas) tidak diperintahkan untuk mengqadha solat. Berdasarkan persamaan inilah diqiyaskan bahawa permasalahan nifas itu menyamai permasalan haid, maka apa-apa yang telah kita pelajari terdahulu dari bahagian haidh adalah menjadi rujukan kita dari hal nifas. Dan apa-apa yang terlarang bagi urusan haidh maka itulah yang menjadi larangan bagi urusan nifas.

Berkata Imam Syafie: Para ulama seluruhnya berijma' bahawa nifas adalah seperti haid terhadap pekerjaan-pekerjaan yang dihalalkan dan terhadap pekerjaan-pekerjaan yang diharamkan dan yang dimakruhkan. Inilah penjelasan yang dapat saya berikan dari urusan nifas moga kita dapat memahaminya dan mempraktikkannya dengan ilmu pengetahuan bukan sekadar ikutan atau bertaklid kepada ustaz-ustaz. Kita hendaklah mempelajari tempat keluarnya hukum di atas amalan yang kita lakukan, samada ia bersumberkan Al-Quran dan hadits, ijma' sahabat atau kias ulama atau dari jalan yang ditegah oleh Allah iaitu bid’ah yang sangat banyak diamalkan oleh masyarakat kita hari ini.

Mandi Janabah 4

Soalan : Bolehkah orang yang datang haid / berjunub memegang Al-Quran ?

Terdapat segolongan ulama yang berpandangan tidak boleh memegang Al-Quran jika tidak ada wudhuk, jika dalam keadaan hadas besar atau berhaid di mana lazimnya mereka berdalilkan dengan ayat Al-Quran yang berbunyi :

لاَيَمَسُّهُ اِلاَّ الْمُطَهَّرُوْنَ
“Tidak menyentuh (memegang ) kepada Al-Quran, melainkan orang orang yang suci.” Q.S. Al-Waaqi'ah ayat 79 [56:79]

Mereka juga berdalilkan dengan sepotong hadits yang berbunyi:

قَالَ حَكِيْمُ بْنُ حِزَامٍ: لَمَّا بَعَثَنِيْ رَسُوْلُ الله ص اِلَى الْيَمَنِ قَالَ " لاَ تَمَسَّ الْقُرْآنَ اِلاَّ وَاَنْتَ طَاهِرٌ "
Berkata Hakim bin Hizam: Ketika Rasulullah saw mengutusku ke Yaman, beliau bersabda "Jangan engkau menyentuh Al-Quran melainkan engkau dalam keadaan suci".

Inilah tafsiran yang dipegang oleh sebahagian umat Islam, di mana bagi mereka kalimah طَاهِرٌ / المُطَهَّرُوْنَ itu membawa maksud ‘ orang orang yang suci’. Lalu mereka mengambil faham tidak boleh memegang Al-Quran jika tidak ada wudhuk atau berhaid atau dalam keadaan junub. Betulkah begitu tafsirannya ?

Sebelum kita perincikan pada makna kalimah طَاهِرٌ ، المُطَهَّرُوْن , terlebih dahulu kita lihat apakah nilaian ulama darihal hadits Hakim bin Hizam di atas;
Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ad-Daruquthnie, Al-Hakim, Al-Baihaqi dari 'Amr bin Hazm dan diriwayatkan juga oleh Imam Thabranie dari Hakim bin Hizam (hadits di atas). Dalam hadits ini terdapat perawi yang bernama Suwaid Abu Hatim di mana ia dilemahkan oleh Bukhari, Nasaie, Abu Zar'ah dan berkata Ibnu Hibban: Dia (Suwaid Abu Hatim) sering meriwayatkan hadits-hadits yang palsu. Hadits-hadits yang berkaitan bab ini adalah dari hadits-hadits yang dipertikaikan sahnya oleh ulama hadits, maka hadits Hakim bin Hizam di atas adalah tertolak, tidak dapat digunakan sebagai hujah.

Apakah tafsiran sebenar kalimah المُطَهَّرُوْن ?
Menurut ilmu 'ushul fiqh', perkataan طَاهِرٌ (suci) itu dikatakan lafaz musytarak (mempunyai beberapa erti yang berlainan). Kita lihat maknanya dari beberapa sudut:

1. Orang Islam itu dikatakan 'thahir' (suci/bersih) sedang orang musyrik itu disebut sebagai najis. Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 28 [9:28]

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اِنَّمَا الْمُشْرِكُوْنَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُوْا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا ......
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis kerana itu jangan mereka menghampiri Masjidil Haram sesudah tahun ini ………

Dalam sepotong hadits, dinyatakan bahawa orang Islam itu tidak bernajis walau ia berhadas besar. Sabda Rasulullah saw.:

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَنِ اِنَّ رَسُوْلَ الله ِص لَقِيَهُ وَهُوَ جُنُبٌ فَحَادَ عَنْهُ فَقَالَ: كُنْتُ جُنُبًا فَقَالَ: اِنَّ الْمُسْلِمَ لاَ يَنْجَسُ (حديث صحيح رواية الجماعة الا البخاري والترمذي)
Dari Huzaifah Ibnu-Yaman, bahawa Rasulullah saw. itu berjumpa dengan dia, sedang dia itu berjunub, lalu dia menjauhkan diri daripadanya, kemudian ia berkata : Saya tadi ada berjunub. Maka beliau bersabda : Sesungguhnya orang Islam itu tidak najis.”
Hadits sahih riwayat Jamaah, melainkan Bukhari dan Tirmidzi.

Jika kita mengambil erti 'thahir' dari sudut yang pertama ini, dapat difahami bahawa Al-Quran itu tidak boleh disentuh oleh orang kafir dan boleh disentuh oleh orang Islam walau ia berhadas.

2. Dari sudut kedua, orang yang bersih badannya dari najis dinamakan 'thahir' (bersih). Ini telah disetujui dan diterima oleh sekalian ulama bahawa orang yang tidak bernajis badannya disebut 'thahir' (bersih). Jika kita mengambil makna yang kedua, dapat difahami Al-Quran itu boleh disentuh oleh sesiapa sahaja sama ada Islam atau bukan Islam asal badannya bersih dari najis.

3. Dari sudut ketiga, orang yang bersih/suci dari hadas besar dinamakan 'thahir'. Ini kerana Allah telah berfirman dalam surah Al-Maidah ayat 6 [5:6]:

وَاِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوْا
Dan jika kamu berjunub maka bersihkanlah (dengan mandi janabah)

Jika diambil erti dari sudut ketiga ini, dapat difahami orang yang berhadas itu tidak boleh menyentuh Al-Quran.

4. Dari sudut keempat, orang yang tidak berhadas kecil disebut 'thahir'. Ini beralasankan hadits Ibnu Umar, ia berkata:

كَانَ النَّبِيُّ ص يَتَوَضَّأُ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ طَاهِرًا اَوْ غَيْرَ طَاهِرًا
Adalah Nabi saw berwudhuk pada tiap-tiap solat sama ada beliau itu thahir atau tidak thahir Hadits shahih riwayat Jamaah kecuali Muslim

Dari sudut ini, dapat difahami erti thahir itu adalah bersih dari hadas kecil yang bermakna Al-Quran itu tidak boleh disentuh oleh mereka yang berhadas kecil.

Daripada beberapa penilaian di atas, kita dapati lafaz 'thahir' itu sekurang-kurangnya mempunyai empat erti yang berlainan dan setiap erti itu tidak dapat kita tentukan dengan jelas kerana masing-masing erti itu masih terdapat persoalan padanya. Maka bagaimanakah untuk kita mendapatkan makna sebenar kalimah المطهرون ?

Maka perlu kita kembali kepada penjelasan Rasulullah saw. di atas masalah adakah orang orang yang berjunub atau berhaid itu kotor atau najis. Sabda Rasulullah saw.:

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَنِ اِنَّ رَسُوْلَ الله ِص لَقِيَهُ وَهُوَ جُنُبٌ فَحَادَ عَنْهُ فَقَالَ: كُنْتُ جُنُبًا فَقَالَ: اِنَّ الْمُسْلِمَ لاَ يَنْجَسُ (حديث صحيح رواية الجماعة الا البخاري والترمذي)
Dari Huzaifah Ibnu-Yaman, bahawa Rasulullah saw. itu berjumpa dengan dia, sedang dia itu berjunub, lalu dia menjauhkan diri daripadanya, kemudian ia berkata : Saya tadi ada berjunub. Maka beliau bersabda : Sesungguhnya orang Islam itu tidak najis.”
Hadits sahih riwayat Jamaah, melainkan Bukhari dan Tirmidzi.

Seterusnya sebuah hadits lagi yang berbunyi :

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ اَنَّ النَِّبيَّ ص لَقِيَهُ فَيْ بَعْضِ طُرُقِ الْمَدِيْنَةِ فَانْخَنَسَ مِنْهُ فَذَهَبَ فَاغْتَسَلَ فَقَالَ لَهُ: اَيْنَ كُنْتَ يَا اَبَا هُرَيْرَةَ؟ قَالَ: كُنْتُ جُنُبًا فَكَرِهْتُ اَنْ اُجَالِسُكَ وَاَنَا عَلَى غَيْرِ طَهَارَةٍ فَقَالَ: سُبْحَانَ اللهِ اِنَّ الْمُؤْمِنَ لاَ يَنْجَسُ (حديث صحيح رواية الجماعة)
“Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi saw. pernah berjumpa dengan dia pada suatu jalan di Madinah, kemudian dia menjauhi diri daripadanya, dan ia pergi terus mandi, kemudian beliau (Rasulullah saw.) bertanya : Ya Abu Hurairah ! Ke mana engkau tadi ? Jawabnya : Saya tadi berjunub, dan saya tidak suka duduk dengan tuan! Sedang saya itu tiada bersih, maka beliau bersabda : Subhanallah ! Sesungguhnya orang mukmin itu tidak najis.” Hadits sahih riwayat Jamaah.

أَنَّ الْيَهُودَ كَانُوا إِذَا حَاضَتِ الْمَرْأَةُ مِنْهُمْ لَمْ يُؤَاكِلُوهَا ، وَلَمْ يُجَامِعُوهَا. وَلَقَدْ سَأَلَ أَصْحَابُ النَّبِىِّ ص فَأَنْزَلَ اللهُ عَزَّوَجَلَّ {وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ اْلمَحِيْضِ قُلُ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسآءَ فِى المَحِيْضِ وَلاَتَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللهُ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ} فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ص: إِصْنَعُوا كُلَّ شَيْئٍ إِلاَّ النِّكَاحَ ، وَفِى لَفْظٍ ، إِلاَّ الْجِمَاعَ.
“Bahawa orang-orang Yahudi bila ada perempuan mereka yang haidh, tidaklah mereka bawa ia makan bersama dan tidak pula mereka campuri. Hal itu ditanyakan oleh sahabat Nabi saw, maka Allah swt pun menurunkan ayat (yang bermaksud):
“Mereka bertanyakan kepadamu mengenai haidh. Katakanlah bahawa itu kotoran maka jauhilah perempuan-perempuan itu di waktu mereka haidh, dan janganlah dekati mereka sampai mereka suci! Dan jika mereka telah suci, bolehlah kamu mencampuri mereka sebagaimana diperintahkan oleh Allah. Sungguh Allah itu mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci”. (Al-Baqarah:222)
Maka ulas Rasulullah saw: Perbuatlah segala sesuatu kecuali kahwin! Dan menurut kata-kata lain ‘kecuali bersetubuh’ ”.
Diriwayatkan oleh Jamaah kecuali Bukhari.

عَنْ عَائِشَةَ اَنَّهَا قَالَتْ: كَانَ رَسُوْلُ الله ص يَتَّكِئُ فِيْ حِجْرِيْ وَاَنَا حَائِضٌ فَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ
Daripada Aisyah ia berkata: Adalah Rasulullah saw duduk menyandar padaku lalu dia membaca Al-Quran sedang aku (dalam keadaan) haidh Riwayat Muslim

Dari keterangan hadits-hadits tadi jelas orang mukmin itu sama ada berjunub atau berhaid tidaklah di kira kotor atau najis ianya tetap bersih dan suci. Bagi mendapatkan satu keterangan yang jelas, perlu kita renungkan ayat-ayat secara lengkap keseluruhan ceritanya sebagaimana tersebut dari surah Al-Waaqi'ah ayat 77-80 :

ِانَّهُ لَقُرْاَنٌ كَرِيْمٌ * فِيْ كِتَابٍ مَكْنُوْنٍ * لاَ يَمَسُّهُ اِلاَّ الْمُطَهَّرُوْنَ * تَنْزِيْلٌ مِنْ رَبِّ الْعَالمَيِْنَ
“Sesungguhnya itulah Al-Quran yang mulia, dalam kitab yang terpelihara (iaitu Al-Lauhil-Mahfuzh) tiada yang menyentuhnya melainkan mereka yang suci, diturunkan daripada Tuhan sekelian alam.” Q.S. Al-Waaqi'ah ayat 77-80 [56:77-80]

Lafaz اَلْمُطَهَّرُوْنَ‘muthahharuun’ itu, menurut keterangan yang lebih kuat maknanya adalah malaikat bukan manusia. Ini sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Abbas dalam tafsir ayat di atas, demikianlah juga pandangan daripada Anas, Mujahid, Ikrimah, Said bin Jubair dan lain-lainnya. Berkata Ibnu Jarir: Tidak disentuh Al-Quran di sisi Allah itu melainkan mereka yang suci, adapun di dunia, ia (Al-Quran) disentuh oleh Majusi yang bernajis dan (golongan) munafiq yang kotor. Ayat ini adalah untuk menolak dakwaan orang kafir bahawa Al-Quran itu diturunkan kepada Rasulullah saw. oleh syaitan bukannya dari Allah. Dinyatakan dalan surah Asy-Syu'araak ayat 210-212 [26:210-212]

وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّيَاطِيْنُ * وَمَا يَنْبَغِى لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيْعُوْنَ * اِنَّهُمْ عَنِ السَّمْعِ لَمَعْزُوْلُوْنَ
Dan Al-Quran itu bukanlah diturunkan oleh syaitan-syaitan. Dan tidaklah patut mereka membawa turun Al-Quran itu dan mereka pun tidak akan berkuasa. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar Al-Quran itu.

Lalu Allah menurunkan ayat ini sebagai penjelasan menafikan dakwaan yang terang dusta itu. Untuk lebih lanjut, rujuk Tafsir Al-Quran al-Adzim oleh Ibnu Katsier pada tafsiran ayat 77-80 surah Al-Waaqi'ah.

Jadi firman Allah : لاَ يَمَسُّهُ اِلاَّ الْمُطَهَّرُوْنَ
Bermaksud :
“Tidak disentuh ia, melainkan oleh malaikat.”

Maka ayat 79 dari surah Al-Waaqi'ah di atas tidak dapat digunakan sebagai dalil buat melarang wanita yang berhaid atau orang yang berjunub memegang Al-Quran kerana ayat ini menjelaskan darihal peristiwa yang berbeza. Ayat 79 dari surah Al-Waaqi'ah ini bukan menceritakan tentang larangan tetapi menafikan bahawa Al-Quran datangnya dari syaitan. Dijelaskan dalam satu riwayat daripada Bukhari:

قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: اَخْبَرَنِي اَبُو سُفْيَانَ اَنَّ هِرَقْلَ دَعَا بِكِتَابِ النَّبِيِّ ص فَقَرَأَهُ فَاِذَا فِيْهِ: بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، يَآ اَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا اِلَى كَلِمَةٍ سَوَآءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ اَلاَّ نَعْبُدَ اِلاَّ اللهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا اَرْبَابًا مِنْ دُوْنِ اللهِ فَاِنْ تَوَلَّوْا فَقُوْلُوْا اشْهَدُوْا بِاَنَّا مُسْلِمُوْنَ
Berkata Ibnu Abbas: Abu Sufyan memberi khabar kepada saya, bahawa Hiraklus pernah meminta surat yang dari Nabi saw kemudian ia bacakan dia, maka di situ ada (firman Allah): “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Wahai Ahlul Kitab marilah kamu kepada kalimat yang bersamaan antara kami dan antara kamu bahawa tiada Tuhan yang kita sembah kecuali Allah dan tiada kita mempersekutukanNya dengan sesuatupun dan tiada setengah kita mengangkat yang lain menjadi Tuhan selain daripada Allah. Kalau mereka berpaling, kamu katakanlah (kepadanya): Maka bersaksilah kamu bahawa kami orang-orang Islam - Surah Ali Imran ayat 64 [3:64] ”

Hiraklus atau ada yang memanggil Hirkulis ini beragama Kristian akan tetapi tetap diutuskan padanya surat yang berisikan firman Allah, maka sekiranya memegang / menyentuh Al-Quran itu dilarang dari orang yang tiada suci, tentulah tidak diberikan surat itu kepada Hiraklus.

Maka dalam bab apakah boleh menyentuh Al-Quran bagi yang berhaid atau berjunub, tidaklah saya peroleh keterangan yang jelas dan terang melarang wanita yang berhaid atau orang yang berjunub dari memegangnya. Demikianlah yang saya peroleh sepencarian saya atas keterangan-keterangan hadits. Walau demikian, saya amat mengharapkan teguran para hadirin atas dasar keterangan jika apa yang disampaikan bercanggah dengan keterangan yang shahih atau berlaku kekeliruan di pihak saya.

Adapun dalam bab apakah perlu pada wudhuk atau diperintahkan berwudhuk jika hendak memegang Al-Quran? Maka sejauh pencarian saya, diperintahkan kita berwudhuk hanyalah apabila akan mendirikan solat. Ini sebagaimana perintah Allah dalam surah Al-Maidah ayat 6 [5:6]:

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اِذَا قُمْتُمْ اِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَاَيْدِيَكُمْ اِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوْسِكُمْ وَاَرْجُلَكُمْ اِلَى الْكَعْبَيْنِ
“Hai orang yang beriman apabila kau berdiri hendak solat, maka basuhlah mukamu dan dua tanganmu hingga ke dua siku, dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu hingga dua buku lali.”

Telah bersabda Rasulullah saw:
اِنَّمَا اُمِرْتُ بِالْوُضُوْءِ اِذَا قُمْتُ اِلَى الصَّلاَةِ
Hanyalah aku diperintah berwudhuk apabila aku hendak mendirikan solat
Hadits shahih riwayat Abu Daud, Tirmizi dalam tajuk "Makanan", juga diriwayatkan oleh Nasaie

Tiadalah diperoleh keterangan bahawa perlu berwudhuk sebelum memegang Al-Quran, sedang dalam hadits yang telah dibawakan bahawa Hiraklus seorang yang beragama nashara itu juga ada menyentuh surat yang mengandungi ayat Al-Quran. Maka dari itu boleh Al-Quran itu dipegang walau tanpa wudhuk kerana tiada dalil yang memerintahkan demikian. الله اعلم

Persoalan Sekitar Orang Yang Berjunub & Wanita Berhaidh Membaca Al-Quran

Bolehkah wanita/perempuan yang berhaidh itu membaca Al-Quran? Maka dalam hal ini terdapat beberapa pandangan ulama; ada yang mengatakan boleh membaca ayat-ayat Al-Quran semasa berhaidh dan ada pula yang mengatakan tidak boleh membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Saya cuba bentangkan alasan-alasan tentang hal ini untuk kita rujuk bersama. Sekiranya saya tersilap atau keliru maka perbetulkan dan sama-samalah kita mencari satu keterangan dari Al-Quran dan hadits yang lebih tepat dan terang. Sekarang marilah kita merujuk beberapa hadits di bawah ini:

(1)
قَالَ ابْنُ عُمَرَ: قَالَ النَّبِيُّ ص: لاَ يَقْرَأُ الْجُنُبُ وَلاَ الحاَئِضُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنَ
Telah berkata Ibnu Umar, sabda Nabi saw: “Jangan orang yang berjunub dan perempuan yang berhaidh membaca sesuatu pun dari Al-Quran”.
Hadits riwayat Abu Daud, Turmidzi dan Ibnu Majah.

(2)
قَالَ جَابِرٌ: قَالَ النَّبِيُّ ص: لاَ تَقْرَأُ الْحَائِضُ وَلاَ النُّفَسَاءُ مِنَ الْقُرْآن شَيْئًا
Telah berkata Jabir, sabda Nabi saw: “Perempuan yang berhaidh dan bernifas tidak boleh membaca akan sesuatu daripada Al-Quran”.
Hadits riwayat Daruquthni.

Maka bersandarkan hadits-hadits di atas, ada ulama yang mengambil faham bahawa tidak boleh membaca Al-Quran bagi perempuan yang berhaidh, nifas dan orang yang berjunub (yang telah bersetubuh atau keluar mani dengan cara bermimpi atau sebagainya dan belum mandi jenabah).

Sekarang kita lihat kekuatan hadits ini dahulu dan masalah-masalah yang ada pada hadits tersebut:

1) Sebahagian ulama ahli hadits menolak hadits ini (pertama) kerana lemahnya. Alasan mereka hadits yang pertama itu terdapat orang yang bernama Ismail bin ‘Ayash. Imam Ahmad, Bukhari dan lain-lain ulama memandang terdapat kecacatan atau kelemahan pada orang yang bernama Ismail bin ‘Ayash ini. Menurut Al-Baihaqi: Hadits ini mungkar.
2) Manakala dalam hadits kedua terdapat Muhammad bin Fadhil, seorang yang terkenal sebagai pemalsu hadits (hadits palsu atau hadits maudhu’). Hadits ini juga mungkar.

Maka kita dapati kedua hadits di atas adalah hadits yang bermasalah dan tak layak dijadikan alasan untuk mengatakan perempuan yang berhaidh tidak boleh membaca Al-Quran. Dalam pencarian saya tidak satu pun hadits dalam urusan ini yang bersih dari pertikaian ulama ahli hadits. الله اعلم

Alasan seterusnya tentang orang yang berhadas tidak boleh membaca Al-Quran adalah:

(3)
قَالَ عَلِيُّ بْنِ اَبِى طَالِبٍ: كَانَ رَسُول اللهِ ص يُقْرِأُنَا الْقُرْآنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ مَالَمْ يَكُنْ جُنُبًا
Telah berkata Ali bin Abi Talib, adalah Rasulullah saw sering membacakan untuk kami akan Al-Quran di segala keadaan selama beliau tidak berjunub.
Hadits riwayat Tirmidzi dan beliau sahkan hadits ini sebagai hasan lagi sahih. Kata Asy-Syafie: Segala hadits tidak mengisbatkan hadits ini. Berkata Al-Khatthabi: Imam Ahmad melemahkan hadits ini. Berkata An-Nawawi: Kebanyakan ahli hadits menentang pentashihan At-Tirmidzi ini.

Dan dalam hadits yang lain pula Rasulullah saw bersabda:

(4)
قَالَ عَلِيٌّ: قَالَ النَّبِيُّ ص: اِقْرَؤُا الْقُرْآنَ مَالَمْ تُصِبْ اَحَدَكُمْ جَنَابَةٌ فَاِنْ اَصَابَتْهُ فَلاَ وَلَوْ حَرْفًا
Berkata Ali bahawa Nabi saw pernah bersabda: “Bacalah kamu akan Al-Quran selama seorang daripada kamu tidak berjenabah, maka jika berjenabah, tidak boleh walaupun satu huruf”. Hadits riwayat Daruquthni.

Jika dua hadits yang sebelumnya ada menerangkan tentang haidh dan kita ketemukan masalah dari ulama-ulama ahli hadits tentangnya, maka dua hadits yang kemudian ini pula menerangkan tentang orang yang berjunub. Ini adalah antara alasan segolongan ulama tentang tidak boleh orang yang berjunub membaca Al-Quran. Sebagai umat Islam adalah satu tanggungjawab yang sangat wajib bagi kita untuk mendalami ilmu dalam melaksanakan amal ibadah, seharusnyalah kita halusi setiap amalan kita dengan ilmu yang berdasarkan dari Al-Quran dan Sunnah Rasul, semoga kita berada dalam keredhaan Allah dan tidak termasuk dalam golongan yang berilmu dengan jalan taklied kepada ulama dan ustaz.

Kita mulakan dari hadits Ali bin Abi Talib (3).
Berkata Imam Syafei: (اِنَّ اَهْلَ الْحَدِيْثِ لاَ يُثْبِتُونَهُ) “Bahawa ahlul-hadits tidak bersama dalam menetapkan sahnya (hadith ini). Isnad hadits ini dibantah oleh Imam Syafei lantaran hanya disahkan oleh Tirmidzi sahaja dan tiada ulama-ulama hadits yang terdahulu darinya menurut Imam Syafei yang mengesahkannya, sedangkan dia terbelakang dari mereka dari banyak hal dalam urusan ilmu hadits.

Berkata Imam Nawawi: (خَالَفَ التُّرْمِذِيَّ الاَكْثَرُونَ فَضَعَّفُوا هَذَا الْحَدِيْثَ) “Kebanyakan ahli hadits berlainan dengan Tirmidzi; dan mereka mendhaifkan hadits tersebut”. Hadits ini dipandang lemah oleh ulama ahli hadits kerana terdapat seorang yang bernama Abdullah bin Salimah dan dia telah dilemahkan oleh ahli-ahli hadits kerana ingatannya yang berubah atau telah lemah daya ingatan (demikian oleh Baihaqi) kerana sewaktu meriwayatkan hadits ini beliau telah tua (tambahan dari Imam Syu’bah).

Telah jelas hadits ini bermasalah dan dilemahkan ia oleh sekian banyak ulama hadits dan kekuatan sah dari Turmidzi seorang sahaja, tidak dapat dijadikan alasan bahawa hadits itu kuat untuk dibuat dalil mengatakan orang yang berhaidh atau berjunub tidak boleh membaca Al-Quran. Jika hadits ini sahih sekalipun ia masih tetap tidak boleh dijadikan dalil kerana perkataan Ali itu tidak menunjukkan Rasulullah saw melarang membaca Al-Quran.

Berbalik kita pada hadits yang keempat iaitu menurut ulama hadits ianya mauquf, iaitu tidak sampai pada Nabi saw, hanya perkataan Ali sahaja dan tidak cukup untuk menjadi hujah kerana ada hadits lain yang sahih. Dalam bab ini ada hadits Ali yang terus atau sampai kepada Nabi saw (marfu’), dan inilah satu-satunya hadits yang boleh dikatakan tidak dipertikaikan sahnya, tidak dipertikaikan isnadnya dan tidak ada seorang ahli hadits pun yang melemahkan sanadnya. Haditsnya ialah:

(5)
قَالَ عَلِيٌّ: رَاَيْتُ رَسُولَ اللهِ ص تَوَضَّأَ ثُمَّ قَرَأَ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ. ثُمَّ قَالَ: هَكَذَا لِمَنْ لَيْسَ بِجُنُبٍ فَاَمَّا الْجُنُبُ فَلاَ وَلاَ آيَةً.
Telah berkata Ali: “Saya pernah lihat Rasulullah saw berwudhuk, kemudian membaca sebahagian daripada Quran (dan bersabda): Beginilah bagi orang yang tiada junub. Adapun yang junub, tidak boleh walaupun satu ayat”.
Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Ya’laa dan dikatakan oleh seorang ahli hadits yang bernama Al-Haitami bahawa hadits itu (رجاله موثوقون) “Orang-orang yang menceritakan hadits ini boleh dipercaya.

Seterusnya kita lihat hadits-hadits yang lain dalam bab ini:

(6)
قَالَتْ عَائِشَةُ: كَانَ رَسُولُ اللهِ ص يَذْكُرُ اللهَ عَلَى كُلِّ اَحْيَانِهِ
Telah berkata Aisyah, Rasulullah saw itu menyebut (nama Allah) di tiap-tiap masa.
Diriwayatkan oleh Muslim.

Hadits ini menjelaskan bahawa Aisyah selaku isteri Nabi saw melihat baginda menyebut nama Allah di tiap-tiap masa. Sebagai isteri seorang Rasul, beliau lebih dekat untuk mengetahui junubkah atau tidak Rasulullah saw. Tidak ada satupun hadits sahih yang meriwayatkan dari isteri-isterinya (Rasulullah) bahawa wanita berhaidh tidak boleh membaca Al-Quran sedangkan sekian banyak permasalahan haidh ini diambil dari isteri-isterinya, jika ada mengapa tidak ada riwayatnya?

Untuk menjelaskan lagi masalah membaca Al-Quran semasa berhadas besar atau berhaidh ini marilah kita lihat pengalaman sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah saw dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari:

(7)
اِنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ لَمْ يَرَ بِالْقِرَاءَةِ لِلْجُنُبِ بَأْسًا
Bahawa Ibnu Abbas itu tiada memandang halangan bagi orang yang berjunub membaca (Al-Quran).

Dan seorang sahabat Nabi saw yang bernama Hakam berkata:

(8)
قَالَ الْحَكَمُ: اِنِّ لاََََذْبَحُ وَاَنَا جُنُبٌ وَقَالَ اللهُ: وَلاَ تَأْكُلُوْا مِمَّا لَمْ يُذْكَرِ اسْمُ اللهِ
Telah berkata Hakam: “Sesungguhnya saya menyembelih, padahal saya di waktu junub, kerana Allah berfirman: Janganlah kamu memakan (sembelihan) yang tidak disebut nama Allah”. Diriwayatkan oleh Bukhari.

Ada lagi riwayat hadits dari Bukhari:

(9)
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: اَخْبَرَنِي اَبُو سُفْيَانَ اَنَّ هِرَقْلَ دَعَا بِكِتَابِ النَّبِيِّ ص فَقَرَأَهُ فَاِذَا فِيْهِ: بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، يَآ اَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا اِلَى كَلِمَةٍ....
Berkata Ibnu Abbas: Abu Sufyan memberi khabar kepada saya, bahawa Hiraklus pernah meminta surat yang dari Nabi saw kemudian ia bacakan dia, maka di situ ada (firman Allah): “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Wahai Ahlul Kitab marilah kepada Agama …..- Surah Ali Imran ayat 64 [3:64]”

Hiraklus atau ada yang memanggil Hirkulis ini beragama Kristian, dan kita tidak bertemu keterangan orang Kristian melakukan kewajipan mandi jenabah. Dan apabila diberikan surat yang di dalamnya terkandung isi ayat Al-Quran, pada lazimnya orang yang mendapat surat akan membaca surat tersebut dan jika ada larangan membaca Al-Quran bagi orang yang berhaidh atau berjunub mengapa Rasulullah saw berikan surat yang berisikan ayat Al-Quran kepada Hiraklus?

Kesimpulan darihal permasalahan adakah dilarang membaca Al-Quran semasa haidh, maka saya jelaskan bahawa tidak ada keterangan yang sahih pun di atas bab ini. Apabila hadits yang pertama dan kedua didhaifkan dan pada hadits kedua pula ada Muhammad bin Fadhil yang terkenal di kalangan ahli hadits sebagai tukang pemalsu hadits, maka masalah ini telah selesai di awal-awal tajuk ini lagi.

Apa yang kita rujuk bermula dari hadits 3 sehingga akhir adalah dari bab junub yang sengaja saya panjangkan untuk memberi satu kefahaman dalam mendalami masalah junub beserta alasannya/keterangannya sama ada boleh atau tidak jika kita dalam keadaan berjunub membaca Al-Quran. Dan dari semua alasan yang ada dari hal tidak boleh membaca Al-Quran dalam keadaan berjunub ini hampir semuanya bermasalah kecuali hadits yang kelima iaitu yang diriwayatkan oleh Abi Ya’laa dan disahkan oleh Imam yang tidak begitu terkemuka seperti Imam Haitami sehingga pengarang kitab Nailul Authar sendiri masih belum berani menganggap hadits itu sah. Jadi hadits yang satu ini pun juga, tidak terlepas dari bermasalah.

Hadits-hadits yang disahkan oleh Bukhari / Muslim, boleh diterima sahnya, sesudah mereka boleh diterima pengesahan Ahmad bin Hanbal, kemudian pengesahan Abu Daud, kemudian pengesahan Nasai, Turmidzi dan Ibnu Majah.

Adapun hadits-hadits yang disahkan oleh Ibnu Khuzaimah sering terdapat tidak sah. Pengesahan Ibnu Hibban lebih sering terdapat kelemahan. Yang lebih banyak mengesahkan dan lebih banyak salahnya ialah Hakim.

Kesimpulannya, setelah kita meneliti alasan-alasan dalam bab ini, maka dapat dirumuskan bahawa orang yang berhaidh/ berjunub/ nifas boleh membaca Al-Quran kerana tidak terdapat tegahan yang qa’thi (قعطي) dalam bab ini (lemahnya hadits-hadits dalam bab ini). Tiada nas yang jelas lagi terang atas bab ini.

Adalah lebih baik kita berpedomankan hadits yang diriwayatkan dari sahabat-sahabat Rasulullah saw tentang amalan mereka semasa sezaman dengan Rasulullah dan amalan Aisyah semasa bersama Rasulullah saw dalam soal ini. Jika ada tegahan atau haram membacanya mengapa mereka masih membaca ayat Al-Quran dalam keadaan berjunub
sedangkan mereka rapat dengan Nabi saw.
الله اعلم

Sumber: Koleksi kuliah mingguan Persatuan Al-Islah, Perlis

Perihal Sekitar Haidh (Siri 2)

Wednesday, May 20, 2009

HAIDH

Sambungan daripada siri 1, bab berhenti pada pandangan ulama bahawa haidh itu adalah kadar biasanya 6-7 hari dan selebih-lebihnya 15 hari. Ini kerana tidak ada satu keterangan yang sahih yang membataskan secara tetap di atas urusan haidh. Maka kita sambung dari hal haidh secara lebih terperinci. Kita masuk di bahagian warna darahnya seperti yang kita bicarakan pada minggu lepas iaitu darah haidh itu warnanya hitam berdasarkan hadits yang berbunyi:

عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ قَالَ: اِنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ اَبِى حُبَيْشٍ كَانَتْ اُسْتُحِيْضَتْ فَقَالَ لَهَا رَسُوْلُ الله ص: اِنَّ دَمَ الْحَيْضِ اَسْوَدُ يُعْرَفُ فَاِذَا كَانَ ذَلِكَ فَاَمْسِكِيْ عَنِ الصَّلاَةِ وَاِذَا كَانَ الأَخَرَ فَتَوَضَّئِى وَصَلِّيْ فَاِنَّمَا هُوَ عِرْقٌ
“Daripada Urwah bin Zubair ia berkata: Sesungguhnya Fatimah binti Abi Hubaisy adalah seorang yang beristihadhah. Maka bersabda Rasulullah saw kepadanya: Sesungguhnya darah haidh itu adalah (darah) hitam yang diketahui. Apabila demikian, maka berhentilah solat. Kalau lain dari itu hendaklah mengambil wudhuk dan dirikan solat, kerana ia adalah dari urat”.

Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Hibban dan Ad-Daraquthni yang mengatakan: Semua perawinya dapat dipercaya. Diriwayatkan juga oleh Hakim dan ia berkata: Atas syarat Muslim.

Darah haidh itu bermula pada lazimnya hitam, kemudian merah kehitaman dan di akhir haidh itu ada yang berwarna kekuningan. Ini berdasarkan hadith Alqamah bin Abi Alqamah dari ibunya Maryanah, iaitu bekas wanita suruhan Aisyah:

كَانَتِ النِّسَاءُ يَبْعَثْنَ اِلَى عَائِشَةَ بِالدِّرْجَةِ فِيْهَا الْكُرْسُفُ فِيْهِ الصُّفْرَةُ فَتَقُوْلُ: لاَ تَعْجَلَنَّ حَتَّى تَرَيْنَ الْقَصَّةَ الْبَيْضَاءَ
“Adalah wanita-wanita menghantarkan kapas-kapas yang ada kekuningan kepada Aisyah, maka Aisyah berkata: Jangan terlalu cepat sangat bahkan biarkannya sehingga kamu melihat kapas itu putih”.

Diriwayatkan oleh Malik, Mohammad bin Hassan dan Bukhari sebut hadits ini secara ta’liq.

Dari Ummu Aatiyah bahawa darah haidh itu ada yang warnanya kelabu (الكدرة). Jika ini berlaku atau ada semasa peredaran haidh iaitu dari darah yang hitam, ke warna merah kehitaman lalu bertukar kekuningan dan kekelabuan maka itu dikira sebagai haidh. Tetapi jika kita dapati haidh itu telah habis maknanya sudah seperti biasa lalu mandi hadas, kemudian mungkin selepas dua atau tiga jam atau keesokkannya ada warna kekuningan atau kekelabuan maka menurut Ummu Aathiyah, mereka wanita-wanita di zaman Rasulullah saw tidak mengirakan sebagai haidh:

كُنَّا لاَ نَعُدُّ الصُّفْرَةَ وَالْكُدْرَةَ بَعْدَ الطَّهْرِ شَيْئًا
“Kami tidak mengirakan kekuningan dan kekelabuan selepas bersih (mandi hadas) itu sebagai sesuatu”.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Bukhari (di dalam Al-Bukhari tidak disebut perkataan ‘selepas bersih’). Perkataan ‘sesuatu’ itu menurut ulama adalah haidh.

Dari kesimpulan hadits-hadits di atas dan yang telah kita rujuk pada teks siri 1 yang lalu kita dapati bahawa tidak ada ketetapan masa haidh minima atau maksima yang ditetapkan kerana tidaklah diperoleh keterangan darihal tersebut daripada Rasulullah atau para sahabat. Jika seorang wanita itu terdapat adat kebiasaan haidhnya 6-7 hari atau 10 hari, maka hendaklah ia mengikut kebiasaan tersebut selagi tidak melebihi kelaziman yang telah diputuskan oleh ulama iaitu tidak melebihi 15 hari. Perlu rasanya kita fahami perselisihan ulama-ulama darihal jangka masa haidh ini untuk pengetahuan kita, supaya amalan kita jelas dan tidak termasuk dalam ikutan kepada ulama semata-mata.

Telah berpecah pendapat ulama-ulama kepada beberapa bahagian, iaitu golongan pertama berpendapat maksimumnya 10 hari. Golongan kedua pula berpendapat maksimumnya 13 hari dan golongan ketiga berpendapat maksimumnya 15 hari. Dan yang benar dan terang ialah tidak dijumpai tentang maksimumnya atau minimumnya, cuma jika kita rujuk hadits yang berbunyi:

عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ قَالَ: اِنَّ اُمَّ سَلَمَةَ اسْتَفْتَتْ رَسُوْلَ الله ص فِيْ امْرَأَةٍ تُهْرَاقُ الدَّمَ فَقَالَ: لِتَنْتَظِرَ قَدْرَ اللَّيَالِى وَالأَيَّامِ الَّتِيْ كَانَتْ تَحَيَّضَهُنَّ وَقَدْرَهُنَّ مِنَ الشَّهْرِ فَتَدَعُ الصَّلاَةَ ثُمَّ لِتَغْتَسِلْ وَلْتَسْتَثْفِرْ ثُمَّ لِتُصَلِّ
“Daripada Sulaiman bin Yasar ia berkata: Bahawa Ummu Salamah meminta fatwa kepada Rasulullah saw mengenai seorang wanita yang selalu (terus-menerus) mengeluarkan darah. Maka ujar Nabi: Hendaklah dia memperhatikan bilangan malam dan siang yang dilaluinya dalam haidh, begitu pun letak hari-hari itu setiap bulan, lalu menghentikan solat pada waktu tersebut. Kemudian hendaklah dia mandi dan menyumbat kemaluannya dengan kain lalu solat”.

Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasai & Ibnu Majah. Berkata An-Nawawi: Isnad hadits ini menurut syarat Bukhari & Muslim

Dari hadits di atas apa yang dapat kita fahami, seseorang individu hendaklah memahami jangka masa haidhnya dengan menghitung hari-hari yang lazimnya datang darah hitam dan berkesudahan dengan kekuningan atau kelabu (keruh), pada setiap bulan. Maka tempoh lazim yang sama atau hampir sama setiap bulan itu adalah menjadi kitaran haidhnya. Apabila berlaku kelainan turunnya darah pada sesuatu bulan (lazimnya 8-10 hari) sehingga 20 hari, maka yang lebih dari 10 (darahnya bukan hitam) hari itu dikira darah istihadhah, wajib mandi dan solat. Ini berdasarkan hadits yang berbunyi:

عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ قَالَ: اِنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ اَبِى حُبَيْشٍ كَانَتْ اُسْتُحِيْضَتْ فَقَالَ لَهَا رَسُوْلُ الله ص: اِنَّ دَمَ الْحَيْضِ اَسْوَدُ يُعْرَفُ فَاِذَا كَانَ ذَلِكَ فَاَمْسِكِيْ عَنِ الصَّلاَةِ وَاِذَا كَانَ الأَخَرَ فَتَوَضَّئِى وَصَلِّيْ فَاِنَّمَا هُوَ عِرْقٌ
“Daripada Urwah bin Zubair ia berkata: Sesungguhnya Fatimah binti Abi Hubaisy adalah seorang yang beristihadhah. Maka bersabda Rasulullah saw kepadanya: Sesungguhnya darah haidh itu adalah (darah) hitam yang diketahui. Apabila demikian, maka berhentilah solat. Kalau lain dari itu hendaklah mengambil wudhuk dan dirikan solat, kerana ia adalah dari urat”.

Diriwayatkan oleh Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Hibban dan Ad-Daraquthni yang mengatakan: Semua perawinya dapat dipercaya. Diriwayatkan juga oleh Hakim dan ia berkata: Atas syarat Muslim.

Banyak salah faham yang berlaku tentang permasalahan haidh yang berlaku kepada wanita. Ada suami yang tidur berasingan dari isteri berhaidh, perbuatan seperti ini menyebabkan pandangan serong orang kafir terhadap Islam sebagai agama yang menghina wanita. Apakah betul perbuatan ini? Jika tidak betul siapakah dalang yang mengajar amalan keji ini?

Jawabnya, perbuatan memencilkan isteri apabila datangnya haidh adalah amalan orang-orang yahudi sebagaimana sabda Rasulullah saw:

أَنَّ الْيَهُودَ كَانُوا إِذَا حَاضَتِ الْمَرْأَةُ مِنْهُمْ لَمْ يُؤَاكِلُوهَا ، وَلَمْ يُجَامِعُوهَا. وَلَقَدْ سَأَلَ أَصْحَابُ النَّبِىِّ ص فَأَنْزَلَ اللهُ عَزَّوَجَلَّ {وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ اْلمَحِيْضِ قُلُ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسآءَ فِى المَحِيْضِ وَلاَتَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللهُ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ التَّوَّابِيْنَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِيْنَ} فَقَالَ رَسُولُ اللهِ ص: إِصْنَعُوا كُلَّ شَيْئٍ إِلاَّ النِّكَاحَ ، وَفِى لَفْظٍ ، إِلاَّ الْجِمَاعَ.
“Bahawa orang-orang Yahudi bila ada perempuan mereka yang haidh, tidaklah mereka bawa ia makan bersama dan tidak pula mereka campuri. Hal itu ditanyakan oleh sahabat Nabi saw, maka Allah swt pun menurunkan ayat (yang bermaksud):
“Mereka bertanyakan kepadamu mengenai haidh. Katakanlah bahawa itu kotoran maka jauhilah perempuan-perempuan itu di waktu mereka haidh, dan janganlah dekati mereka sampai mereka suci! Dan jika mereka telah suci, bolehlah kamu mencampuri mereka sebagaimana diperintahkan oleh Allah. Sungguh Allah itu mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci”.
(Al-Baqarah:222)


Maka ulas Rasulullah saw: Perbuatlah segala sesuatu kecuali kahwin! Dan menurut kata-kata lain ‘kecuali bersetubuh’ ”.

Diriwayatkan oleh Jamaah kecuali Bukhari.

Dalam sebuah hadits yang lain:

أَنَّ النَّبِىَّ ص كَانَ إِذَا أَرَادَ مِنَ الْحَائِضِ شَيْئًا اَلْقَى عَلَى فَرْجِهَا شَيْئًا
“Bahawa Nabi saw bila menginginkan sesuatu dari isterinya yang sedang haidh, maka ditutupkannya sesuatu pada kemaluan isterinya itu”.

Diriwayatkan oleh Abu Daud, menurut Al Hafidh Al-Asqalani dalam Fathul Bari bahawa isnadnya kuat.

Dan dari Masruq Ibnul Ajda’, katanya:

سَأَلْتُ عَائِشَةَ: مَا لِلرَّجُلِ مِنْ إِمْرَأَتِهِ إِذَا كَانَتْ حَائِضًا؟ قَالَتْ: كُلَّ شَيْئٍ إِلاَّ الْفَرْجَ
“Saya tanyakan kepada Aisyah: Apakah yang boleh bagi laki-laki dari isterinya bila dia haidh? Ujarnya : Segala apa juga, kecuali kemaluan”.

Diriwayatkan oleh Bukhari dalam buku Tarikhnya.

Hadirin, begitu jelas dan terang keterangan tentang suami boleh bersama isteri yang di dalam haidh, bergaul mesra dan tak perlu dua katil atau dua bilik semata-mata untuk memisah isteri yang dalam haidh. Secara ringkas, boleh melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh pasangan suami isteri kecuali bersetubuh, dan jika bernafsu atau berkehendak maka lapiklah bahagian kemaluan yang berhaidh itu dengan sesuatu.

Seruan saya terutama pada yang remaja janganlah terpengaruh dengan amalan jahiliah iaitu amalan yang diamalkan oleh Yahudi kerana Islam adalah agama yang sempurna dan cukup menghargai wanita dan bukan agama yang memandang hina kepada wanita seperti meminggirkan wanita semasa haidh, ada yang pantang makan masakan isteri bila dalam keadaan haidh. Ada yang menganggap air tangan orang haidh itu kotor najis dan sebagainya. Kita renungkan beberapa hadits darihal sikap Rasulullah saw terhadap isteri-isterinya di kala mereka berhaidh.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كُنْتُ اَشْرَبُ وَاَنَا حَائِضٌ ثُمَّ اُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ ص فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ فَيَشْرَبُ وَاَتَعَرَّقُ الْعَرْقَ وَاَنَا حَائِضٌ ثُمَّ اُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ ص فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ
Daripada Aisyah ia berkata: (Pada suatu waktu) ketika aku sedang haidh, aku minum. Kemudian kuberikan ia (minuman) kepada Nabi saw maka beliau meletakkan bibirnya di bekas mulutku lalu beliau minum ia. Pernah ketika aku sedang haidh, aku makan sepotong daging. Setelah kugigit, daging itu kuberikan kepada Nabi saw lalu beliau menggigitnya pula di bekas gigitanku.
Riwayat Muslim


عَنْ عَائِشَةَ اَنَّهَا قَالَتْ: كَانَ رَسُوْلُ الله ص يَتَّكِئُ فِيْ حِجْرِيْ وَاَنَا حَائِضٌ فَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Daripada Aisyah ia berkata: Adalah Rasulullah saw duduk menyandar padaku lalu dia membaca Al-Quran sedang aku (dalam keadaan) haidh
Riwayat Muslim

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ ص اِذَا اعْتَكَفَ يُدْنِى اِلَيَّ رَأْسَهُ فَاُرَجِّلُهُ...
Daripada Aisyah ia berkata: Adalah (suatu ketika) Nabi saw beriktikaf, beliau mendekatkan kepalanya padaku maka kusisir rambutnya……
Riwayat Muslim


Demikianlah sunnah yang dicontohkan oleh Rasulullah saw terhadap isterinya yang berhaidh dan demikianlah yang sepatutnya menjadi pengamalan kita sebagai umatnya. Janganlah kita melampaui batas / berlebih-lebih sehingga merasakan perbuatan seorang Rasul itu kurang elok untuk dilakukan oleh umatnya. Sesungguhnya barangsiapa yang tidak suka / membenci sunnah Rasul saw maka ia bukan dari golongannya. Bersabda Rasulullah saw:

عَنْ اَنَسِ بْنِ مَالِكٍ اَنَّ النَّبِيَّ ص حَمِدَ اللهَ وَاَثْنَى عَلَيْهِ وَقَالَ " لَكِنِّيْ اَنَا اُصَلِّيْ وَاَنَامُ وَاَصُوْمُ وَاُفْطِرُ وَاَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ
Dari Anas bin Malik bahawasanya Nabi saw. telah memuji Allah dan menyanjungNya dan beliau bersabda: “…. Tetapi aku solat dan aku tidur dan aku berpuasa dan aku berbuka dan aku berkahwin perempuan-perempuan. Maka barangsiapa tidak suka sunnahku (caraku) bukanlah ia dari golonganku. Muttafaq ‘Alaih
Benarkah orang yang berhaidh itu tak boleh membaca Al Quran? Jadi tak perlu Basmallah bila makan, tak perlu mengucapkan Alhamdulillah bila bersin dan tak perlu mengucap bila nazak atau hampir mati, kerana semuanya ini asalnya ayat Al Quran. InsyaAllah kita akan bincang bab ini pada sambungan yang akan datang.

Sumber: Koleksi teks kuliah mingguan Persatuan Al-Islah, Perlis

Pengertian Mandi Janabah dan Perkara-Perkara yang Mewajibkannya (Siri 1)

Mandi Janabah
Mandi janabah atau lebih tepat jika kita ertikan bersuci dari hadas besar adalah satu amalan bersuci yang sangat penting bagi memastikan sahnya amalan-amalan seperti solat yang kita lakukan. Hendaklah dalam kita melakukan amalan mandi jenabah ini kita lakukan menepati Sunnah Rasulullah saw. Tidak boleh kita lakukan sewenang-wenangnya menurut hawa nafsu atau akal fikiran kerana Islam itu adalah pedoman yang diamanahkan kepada kita untuk dicontohi dan diamalkan, jika kita menolak atau ingkar dari mentaatinya maka kita tergolong dalam golongan orang yang kufur dan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya kerana syariat itu adalah satu amanah dan perjanjian kita sebagai seorang Islam yang sepatutnya wajib kita laksanakan dan haram bagi kita menolak atau mengingkarinya. Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 6 [5:6]:

وَإِن كُننتُمْ جُنُبًا فَاَطَّهَّرُواْ
“Dan jika kamu berjunub maka hendaklah kamu bersihkan (mandi jenabah)”

Dalam surah Al-Baqarah ayat 222 [2:222]:

وَيَسْئَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُواْ اَلنِّسَآءَ فِى الْمَحِيضِ وَلاَ تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّى يَطْهُرْنَ
“Mereka bertanya kepada engkau berhubung haidh, katakanlah ia adalah kotoran, hendaklah kamu jauhi isteri ketika haidh (jangan menyetubuhinya) sehingga dia suci (setelah mandi jenabah)”

Perkataan الطُّهْر dalam ayat-ayat tadi bermakna “mandi jenabah”, ini beralasankan dengan ayat lain dalam surah An-Nisa’ ayat 43 [4:43]:

يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ لاَتَقْرَبُواْ الصَّلَوَةَ وَأَنتُمْ سُكَرَى حَتَّى تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِى سَبِيْلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُواْ
“Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu solat sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengetahui apa yang kamu berkata, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub kecuali sekadar berlalu saja hingga kamu manidi janabah”.

Perkara-perkara yang mewajibkan mandi janabah
1. Keluar mani dengan syahwat. Keluar air mani dengan syahwat di masa tidur (seperti bermimpi) dan berjaga, sama ada lelaki atau perempuan, adalah di antara perkara yang wajib padanya mandi jenabah seperti sabda Rasulullah saw:

عَنْ اَبِيْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اَلْمَاءُ مِنَ الْمَاءِ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ، وَاَصْلُهُ فِى الْبُخَارِيِّ.
Dari Abi Sa’id al-Khudri, dia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: “Air itu dari air” Diriwayatkan oleh Muslim, tetapi asalnya di Bukhari. (ruj. Bulughul Maram)

Dalam riwayat lainnya sebagaimana diriwayatkan daripada Ali:

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ: كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ ص فَقَالَ: فِي الْمَذِيِّ الْوُضُوْءُ وَفِي الْمَنِيِّ الْغُسْلُ
Daripada Ali ia berkata: Aku adalah seorang lelaki yang banyak mengeluarkan madzi. Maka aku tanyakan pada Rasulullah saw maka beliau bersabda: Madzi hanya mewajibkan wudhuk dan mani itu mewajibkan mandi
Riwayat Ahmad, Tirmizi & Ibnu Majah. Hadits ini hasan shahih menurut Tirmizi

Pengertian hadits ini adalah mandi dengan air disebabkan keluarnya mani, tidak kira lelaki atau perempuan. Alasan lain tentang mimpi yang keluar padanya air mani dengan syahwat adalah:

عَنْ اَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: اِنَّ خَوْلَةَ بِنْتَ حَكِيْمٍ سَأَلَتِ النَّبِيِّ ص عَنِ الْمَرْأَةِ تَرَى فِيْ مَنَامِهَا مَا يَرَى الرَّجُلُ، فَقَالَ: اِذَا رَأَتِ الْمَاءَ فَلْتَغْتَسِلْ
Daripada Anas bin Malik ia berkata: Bahawa Khaulah binti Hakim bertanya pada Nabi saw darihal perempuan yang bermimpi sebagaimana bermimpinya lelaki (mimpi bersetubuh). Maka Nabi saw bersabda: Apabila dia melihat air (mani), hendaklah ia mandi. Riwayat Nasaie dengan darjat shahih

Bersandarkan pada hadits di atas, dapat kita simpulkan beberapa perkara:
o Seorang lelaki atau perempuan yang bermimpi lalu keluar air mani maka wajib ke atasnya mandi janabah.
o Adapun jika ia bermimpi tetapi tidak keluar mani maka yang demikian itu tidak mewajibkan mandi janabah.
o Jika ia merasakan basah ketika bangun dari tidur tetapi tidak ingat bahawa ia bermimpi, jika ia yakin itu adalah mani maka wajib ia mandi janabah.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa perkara-perkara yang dibincangkan dalam bab ini kurang sesuai didedahkan secara terbuka, satu perkara yang lazimnya diselindungkan dan tidak ingin dibincangkan terutama kepada anak-anak. Maka renungkanlah sepotong hadits dalam shahih Muslim:

سَأَلَتْ اُمُّ سُلَيْمٍ نَبِيَّ الله ص عَنِ الْمَرْأَةِ تَرَى فِيْ مَنَامِهَا مَا يَرَى الرَّجُلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله ص اِذَا رَأَتْ ذَلِكَ الْمَرْأَةُ فَلْتَغْتَسِلْ. فَقَالَتْ اُمُّ سُلَيْمٍ وَاَسْتَحْيَيْتُ مِنْ ذَلِكَ، قَالَتْ وَهَلْ يَكُوْنُ هَذَا؟ فَقَالَ نَبِيُّ الله ص نَعَمْ فَمِنْ اَيْنَ يَكُوْنُ الشَّبَهُ اِنَّ مَاءَ الرَّجُلِ غَلِيْظٌ اَبْيَضُ وَمَاءَ الْمَرْأَةِ رَقِيْقٌ اَصْفَرُ فَمِنْ اَيِّهِمَا عَلاَ اَوْ سَبَقَ يَكُوْنُ مِنْهُ الشَّبَهُ
Bertanya Ummu Sulaim kepada Nabi saw darihal wanita yang bermimpi ketika tidur seperti lelaki bermimpi (keluar mani). Jawab Rasulullah: Apabila perempuan itu memang keluar mani maka hendaklah ia mandi. Kata Ummu Sulaim: Aku sebenarnya malu bertanyakan masalah ini kepada beliau, apakah mani itu memang ada (bagi wanita)? Jawab Nabi saw: Ya, ada. Mani lelaki kental berwarna putih dan mani perempuan agak cair berwarna kekuning-kuningan. Kalau tidak ada, bagaimana seorang anak boleh serupa dengan orang tuanya. Siapa yang maninya lebih unggul, maka anaknya serupa dengan dia. Hadits shahih Muslim

Dalam lafaz lainnya bagi Muslim:

يَا رَسُوْلَ الله اِنَّ اللهَ لاَ يَسْتَحْيِى مِنَ الْحَقِّ فَهَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ مِنْ غُسْلٍ اِذَا احْتَلَمَتْ؟....
Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu pada yang haq (benar). Apakah perempuan wajib mandi apabila dia bermimpi?...............

Berkata Aisyah perihal wanita Anshar yang bertanyakan Nabi saw tentang cara mandi haidh:
قَالَتْ عَائِشَةُ: نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الأَنْصَارِ لَمْ يَكُنْ يَمْنَعُهُنَّ الْحَيَاءُ اَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّيْنِ
Berkata Aisyah: Sebaik-baik wanita ialah wanita Anshar. Mereka tidak malu-malu bertanya kalau untuk mendalami agama Riwayat shahih Muslim

Sesungguhnya perkara agama itu berkaitan dengan syariat Allah. Jahil tentangnya bermakna jahil tentang syariat Allah. Maka oleh kerana itu, perlu untuk kita mengetahui dengan benar dengan teliti ketetapan-ketetapan syara'. Malu untuk bertanya hanya akan menyebabkan kejahilan yang akhirnya membawa kita kepada kerugian.

2. Bersetubuh. Maka ada pertikaian tentang orang yang bersetubuh yang tidak keluar air maninya bahawa ada yang mengambil faham tidak perlu kepada mandi jenabah, untuk penjelasan itu saya bawakan keterangan dari Rasulullah saw untuk rujukan kita bersama. Sabda Rasulullah saw:

اَنَّ رَسُوْلَ الله ص قَالَ: اِذَا جَلَسَ بَيْنَ شُعَبِهَا الأَرْبَعِ ثُمَّ جَهَدَهَا فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ اَنْزَلَ اَمْ لَمْ يُنْزِلْ
Bahawa bersabda Rasulullah saw: Jika seseorang telah berada di antara empat cabangnya (dua tangan dan dua kaki seorang perempuan) lalu menyetubuhinya maka wajiblah mandi, biar keluar mani atau tidak
Riwayat Ahmad & Muslim

Sebuah hadits lagi:

اِذَا جَاوَزَ الْخِتَانُ الْخِتَانَ وَجَبَ الْغُسْلُ. (ح.ص.ر الترمذي)
“Apabila kemaluan melalui kemaluan, maka wajib mandi.”
Riwayat Tirmizi dengan darjat shahih

Dari dua alasan di atas mudah-mudahan jelas bagi kita bahawa apabila berlaku persetubuhan tak kira sama ada terpancar air mani atau tidak, maka wajib mandi. Inilah alasan yang kukuh sepanjang pencarian saya dalam bab ini.

3. Keluar darah haidh atau nifas. Kita semak semula dari hal haidh, di mana sekarang ini banyak anak gadis yang keliru dan menjadikan alasan haidh sebagai keuzuran dalam ibadah terutamanya solat (sembahyang). Ada yang kalau ditanya mengapa tidak sembahyang? Jawab mereka uzur! Jadi jika sampai tiga minggu masih juga dengan alasan uzur maka wajarlah kita sebagai ibu bapa atau orang yang lebih dewasa menerangkan perkara yang sebenar. Jangan dibiarkan anak-anak kita, adik-adik kita menjadikan alasan haidh untuk tidak menyempurnakan ibadah kerana tidak memahami masalah yang sebenar. Dari Aisyah:

عَنْ عَائِشَةَ اَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ اَبِيْ حُبَيْشٍ كَانَتْ تُسْتَحَاضُ، فَقَالَ لَهَا رَسُوْلُ اللهِ ص (اِنَّ دَمَ الْحَيْضِ دَمٌ اَسْوَدُ يُعْرَفُ، فَاِذَا كَانَ ذَلِكَ فَاَمْسِكِيْ عَنِ الصَّلاَةِ، فَاِذَا كَانَ اْلآخَرُ فَتَوَضَّئِيْ وَصَلِّيْ) رَوَاهُ اَبُو دَاوُدَ وَ النَّسَائِيُّ وَ صَحَّحَهُ ابْنُ حِبَّانَ وَالْحَاكِمُ، وَاسْتَنْكَرَهُ اَبُو حَاتِمٍ.
Dari Aisyah, bahawasanya Fatimah binti Hubaisy biasa istihadhah, maka Rasulullah saw bersabda kepadanya: “Sesungguhnya darah haidh itu darah hitam yang terkenal. Maka apabila ada begitu, berhentilah dari sembahyang, tetapi jika ada yang lain, berwudhu’ dan solatlah.
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasai dan disahkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim, tetapi dianggapnya mungkar oleh Abu Hatim. Penganggapan mungkar di atas hadits tersebut dibantah oleh Ibnu Qayyim. Hadits itu sah dan sejalan dengan hadits lain yang Mutaffaq’alaih. Rujukan Bulughul Maram.

Hadith seterusnya:

عَنْ حُمْنَةَ بِنْتِ جَحْشٍ قَالَتْ: كُنْتُ اُسْتَحَاضُ حَيْضَةً كَثِيْرَةً شَدِيْدَةً، فَاَتَيْتُ النَّبِيَّ ص اَسْتَفْتِيْهِ. فَفَالَ: اِنَّمَا هِيَ رَكْضَةٌ مِنَ الشَّيْطَانِ، فَتَحَيَّضِيْ سِتَّةَ اَيَّامٍ، اَوْ سَبْعَةَ اَيَّامٍ، ثُمَّ اغْتَسِلِيْ، فَاِذَا اسْتَنْقَأْتِ فَصَلِّيْ اَرْبَعَةً وَعِشْرِيْنَ، اَوْ ثَلاَثَةً وَ عِشْرِيْنَ، وَ صُوْمِيْ وَ صَلِّيْ، فَاِنَّ ذَلِكَ يُجْزِئُكِ، وَكَذَلِكِ فَافْعَلِيْ كُلَّ شَهْرٍ كَمَا تَحِيْضُ النِّسَاءُ، فَاِنْ قَوِيْتِ عَلَى اَنْ تُؤَخِّرِى الظُّهْرَ وَ تُعَجِّلِى الْعَصْرَ، ثُمَّ تَغْتَسِلِيْ حِيْنَ تَطْهُرِيْنَ، وَتُصَلِّى الظُّهْرَ وَ الْعَصْرَ جَمِيْعًا، ثُمَّ تُؤَخِّرِيْنَ الْمَغْرِبِ وَ تُعَجِّلِيْنَ الْعِشَاءَ، ثُمَّ تَغْتَسِلِيْنَ وَ تَجْمَعِيْنَ بَيْنَ الصَّلاَتَيْنِ، فَافْعَلِيْ، وَ تَغْتَسِلِيْنَ مَعَ الصُّبْحِ وَتُصَلِّيْنَ. قَالَ: وَهُوَ اَعْجَبُ اْلاَمْرَيْنِ اِلَيَّ. رَوَاهُ اْلخَمْسَةُ اِلاَّ النَّسَئِيَّ، وَ صَحَّحَهُ التِّرْمِذِيُّ، وَ حَسَّنَهُ اْلبُخَارِيُّ.
Dari Humnah binti Jahsy, ia berkata: “Saya pernah istihadhah yang banyak (dan) keras, saya datang kepada Nabi saw meminta fatwa kepadanya, maka sabdanya: “Yang demikian hanya satu gangguan dari syaitan. Oleh itu hendaklah engkau berhaidh enam atau tujuh hari kemudian engkau mandi. Maka apabila engkau sudah bersih, solat 24 atau 23 hari, dan berpuasalah dan solatlah (sunat), kerana yang demikian itu cukup buatmu, dan berbuat demikian tiap-tiap bulan sebagaimana perempuan-perempuan berhaidh, tetapi jika engkau kuat buat mentakhirkan Zohor dan mentaqdimkan Asar, kemudian engkau mandi ketika engkau bersih, lalu engkau jamak solat Zohor dan Asar, kemudian engkau takhirkan Maghrib dan taqdimkan Isyak, kemudian engkau mandi, kemudian engkau jamakkan dua solat itu, berbuatlah; dan engkau mandi beserta Subuh dan engkau solat. Sabdanya: “Dan yang demikian perkara yang lebih aku sukai dari yang lainnya”.
Diriwayatkan oleh lima kecuali Nasaie dan disahkan oleh Tirmizi dan Bukhari menghasankannya.
(Lima itu maksudnya diriwayatkan hadits ini oleh Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibnu Majah)

Sebenarnya waktu bagi haidh itu tidak ditentukan oleh Nabi saw secara tetap lalu ulama-ulama mengambil pendapat bersandar hadith-hadith dari hal haidh bahawa haidh itu kadar biasanya seminggu, 6-7 hari dan selebih-lebihnya 15 hari. InsyaAllah kita akan sambung lagi bab ini dengan lebih terperinci dalam siri yang berikutnya.


Sumber: Koleksi teks kuliah mingguan Persatuan Al-Islah, Perlis

Wudhuk

Saturday, April 25, 2009

BAB WUDHUK

Bersugi
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ عَنْ رسولِ الله ص اَنَّهُ قَالَ: لَوْ لاَ اَنْ اَشُقَّ عَلَى اُمَّتِيْ لاَََمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ مَعَ كُلِّ وَضُوءٍ

Daripada Abi Hurairah, daripada Rasulullah saw. bahawasanya ia pernah bersabda: Jika tidak aku menyebabkan kesusahan atas umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersugi (memberus gigi) di tiap-tiap kali berwudhuk. Diriwayatkan oleh Malik, Ahmad dan Nasai. Disahkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Bukhari sebutkan ia secara ta’liq.

Hadits di atas walaupun tidak menunjukkan wajibnya bersugi tetapi nyata bahawa ia satu amalan yang sangat dituntut dalam Islam malah amalan bersugi ini cukup ditekankan dalam ilmu kesihatan. Oleh yang demikian, jadikanlah amalan bersugi ini sebagai satu amalan ketika berwudhuk kerana ia adalah sunnah Rasulullah saw, walau tidak dapat dilakukan di setiap kali berwudhuk, cubalah melakukannya dua atau tiga kali daripada wudhuk-wudhuk tersebut. Tidaklah ditetapkan bersugi itu hanyalah dengan kayu sugi tetapi boleh digunakan bahan-bahan lain yang sesuai untuknya dan dari barang yang halal.

Membaca Basmallah
Terdapat banyak riwayat tentang membaca Basmallah (Bismillah) sebelum berwudhuk tetapi semua riwayat-riwayat ini lemah – demikian menurut ahli-ahli hadits. Pada pandangan ulama ahli hadits, walaupun hadits-hadits ini dhaif (lemah), tetapi disebabkan banyak riwayatnya dan sejalan iaitu tidak bertentangan antara satu riwayat dengan riwayat yang lainnya maka ia menjadi kukuh dan menunjukkan amalan ini bukan tidak berdasarkan keterangan hadits. Ada ulama yang mengqiyaskan amalan ini dari sebuah hadits yang membawa pengertian umum (hadits yang tidak diceritakan tentang bab wudhuk) bahawa sunat membaca Basmallah tersebut, haditsnya berbunyi:

اِبْدَأُوا بِمَا بِدَأَ اللهُ بِهِ
“Mulailah dengan apa yang dimulai oleh Allah”. Hadits ini menurut Sayyid Sabiq adalah shahih. Sekianlah penjelasan dalam urusan membaca Basmallah dan terserahlah pada pembaca untuk memahami dan menghayati masalah ini.

Niat
Jika diteliti hadits-hadits darihal wudhuk maka kita akan dapati tiada satu pun keterangan daripada Rasulullah saw. yang menyuruh kepada berniat ketika berwudhuk. Ulama ahli Sunnah wal Jamaah telah mengqiyaskan hadits dari peristiwa hijrah yang berbunyi:

اَنَّ رسولَ الله ص قَالَ: اِنَّمَا الأعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَاِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
Bahawa Rasulullah saw. bersabda: Setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan setiap manusia akan mendapat menurut apa yang diniatkan. Diriwayatkan oleh Jamaah. Fathul Bary 1/9, Muslim VI/48, Mukhtashor Shahih Muslim/180.

Walaupun hadits ini diambil dari peristiwa ‘hijrah’ tetapi hadits ini membawa pengertian umum, tidak dinyatakan bahawa untuk hijrah semata-mata. Lalu apa yang dijadikan alasan oleh para ulama di atas urusan niat ini dapatlah diperjelaskan bahawa ianya adalah bersandarkan keterangan dari hadits Rasulullah saw. bukan hanya pendapat dari akal fikiran semata-mata. Maka dengan itu dapatlah difahami bahawa ibadah seperti thaharah (bersuci), solat, puasa, zakat dan lain-lainnya memerlukan niat. Imam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya “Majmu’atur Rasaailil Kubra 1/243 pernah menulis: Tempat niat itu ialah di hati tanpa di lidah (pengucapan). Demikian berdasarkan kesepakatan para Imam Muslimin dalam semua urusan ibadah.

Berkata imam-imam dari mahzab Syafei dari urusan niat ini:

الَنِّيَّةُ قُصْدُ شَيْءٍ مُقْتَرِنًا بِفِعْلِهِ

“Niat itu sengaja (berkehendak tanpa dipaksa) membuat sesuatu beserta dengan melakukannya.” Dan jika dirujuk / diteliti, tiada diperoleh lafaz niat di bab wudhuk dari kitab Imam As- Syafei sendiri. Maka, setelah merujuk hadits-hadits yang shahih dari bab wudhuk jangankan lafaz niat, hadits tentang niat yang diyakini wajib untuk sesuatu ibadah itu pun terpaksa diqiyaskan dari hadits hijrah, diatas tadi hanya keratan dan sekarang diberikan dalam riwayat yang lebih jelas:

اِنَّمَا الأعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَاِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ اِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ اِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ اِلَى دُنْيَا يُصِيْبُهَا اَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ اِلَى مَا هَاجَرَ اِلَيْهِ
“Setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan setiap manusia akan mendapat menurut apa yang diniatkan. Barang siapa hijrah kerana Allah dan RasulNya maka ia akan mendapat pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya, dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang ingin diperolehnya atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya menurut apa yang dia niatkan.” Hadits shahih riwayat Jama’ah.

Yang jelas apabila kita bertujuan melakukan sesuatu perbuatan seperti berwudhuk, sebenarnya telah terlintas di hati kita apa yang hendak kita lakukan. Bermula dari langkah kita ke tempat wudhuk, sebenarnya jika tujuan kita memang untuk berwudhuk, telah tersemat di hati tentang tujuan yang hendak kita lakukan, cuma kehendak itu perlu disertakan perbuatan untuk melengkapkan ertikata niat yang sebenar. Kita mengambil faham bahawa Rasulullah saw. tidak menjelaskan tentang niat di waktu wudhuk kerana seseorang yang pada keadaan sedar ingin berwudhuk tentulah didahului dengan kehendak, bila kehendak disertakan dengan perbuatan maka lengkaplah niat tersebut. Janganlah kita mencari jalan sukar dengan mengadakan muqaranah niat yang kemudiannya berpecah kepada muqaranah haqiqiyah dan ada muqaranah ‘urfiyah. Bila nak dirikan sembahyang atau berwudhuk maka kena isytiharkan niat, lalu muqaranahkan dengan perbuatan, yang akhirnya wudhuknya mungkin setengah jam masih belum selesai atau orang sudah selesai sembahyang berjemaah kita masih berulang-ulang kali mengulangi wudhuk kerana berperang dengan muqaranah niat.

Sesungguhnya perbuatan menokok tambah, yang asalnya mudah lalu di tambah itu dan ini sehingga menjadi sukar adalah satu kebodohan yang tidak lain akan menyebabkan orang itu terjerumus ke jalan kesesatan. Mereka mengadakan hadits-hadits palsu untuk dijadikan alasan. Sebuah hadits tentang ada lafaz niat ini yang berbunyi:

بَيْنَمَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم جَلَسَ مَعَ اَصْحَابِهِ فِى الْمَسْجِدِ اِذْ اَتَاهُ فَاطِمَةُ فَسَأَلَتْهُ عَنْ صَلاَةِ الْعَصْرِ فَقَالَ: قُوْلِيْ اُصَلِّىْ فَرْضَ الْعَصْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً لله تَعالَى وَقُولِيْ اُصَلِّىْ فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ اَدَاءً لله تَعَالَى
Dikala Nabi saw. duduk beserta sahabat-sahabatnya di masjid, tiba-tiba datanglah Fatimah padanya, sambil bertanya dari hal solat ‘Asar. Maka beliau bersabda: Bilanglah engkau (begini): “Aku solat fardu ‘Asar empat rakaat tunai kerana Allah yang Maha Mulia.” dan bilanglah pula: “Aku solat fardu Zuhur empat rakaat tunai kerana Allah yang Maha Mulia.”
Kononnya hadits ini diriwayat oleh Bukhari dan Muslim.

Inilah hadits maudhu’ atau hadits palsu juga dipanggil dengan nama hadits dusta. Tidak ada hadits yang berbunyi begini dalam Bukhari, Muslim atau mana-mana kitab baik yang riwayatnya shahih, hasan maupun yang dhaif kecuali dari kitab yang haditsnya diisytiharkan maudhu’ (palsu).

Kesimpulan tentang niat itu, setelah kita meneliti keterangan diatas, niat itu adalah wajib dan tempatnya di hati.

Tatacara berwudhuk
عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رسول الله ص: اِذَا تَوَضَّأْتُمْ فَابْدَأُوا بِمَيَامِنِكُمْ
Daripada Abi Hurairah ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Apabila kamu berwudhuk, hendaklah kamu mulai dari (anggota) kanan kamu.
Dikeluarkan oleh ‘Empat’ dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah.

Anggota wudhuk yang berpasang seperti tangan dan kaki hendaklah dimulai dengan anggota yang kanan terlebih dahulu.

Membasuh tangan
Daripada Aus bin Abi Aus memberitakan menerusi datuknya yang berkata:

رَاَيْتُ رَسُولَ الله ص تَوَضَّأَ فَاسْتَوْكَفَ ثَلاثً
“Saya melihat Rasulullah saw. berwudhuk, maka dibasuhnya telapak tangan tiga kali.”
Hadits riwayat Ahmad dan Nasai dengan isnad yang shahih.

Sebuah hadits daripada Abdullah bin Zaid menceritakan tentang membasuh tangan semasa berwudhuk:
“Dan dari hadits Abdullah bin Zaid ia ditanya perihal wudhuk Nabi saw. maka ia meminta sebatil (bijana) air, kemudian ia berwudhuk untuk menunjukkan cara wudhuk Nabi saw. kepada mereka, lalu ia menuangkan air dari batil (bijana) ke atas tangannya, kemudian ia mencuci kedua tangannya tiga kali.”
Faitul Bary 1/255 : dan Muslim: III /121.

Sebuah hadits lagi menjelaskan dari hal membasuh tangan, hendaklah di luar bekas air apabila kita bangun dari tidur.

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ عَنْ رسول الله ص أَنَّهُ قَالَ: اِذَا اسْتَيْقَظَ اَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلاَ يَغْمِسْ يَدَهُ فِى الاِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلاثًا فَاِنَّهُ لاَ يَدْرِى اَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda: Apabila bangun seseorang daripada kamu dari tidurnya, maka janganlah ia selamkan tangannya di bijana sebelum ia cuci tiga kali kerana ia tidak tahu dimana telah bermalam tangannya.
Muttafaq ‘Alaih dan lafaz di atas adalah dari Muslim.

Sebuah hadits lagi menceritakan tentang menyelati jari-jari dari dua tangan (menjalin)

عَنْ لَقِيْطِ بْنِ صَبِرَةَ قَالَ: قَالَ رسول الله ص: اَسْبِغِ الْوُضُوءَ وَخَلِّلْ بَيْنَ الأصَابِعِ وَبَالِغْ فِى الاِسْتِنْشَاقِ اِلاَّ اَنْ تُكُوْنَ صَائِمًا
Dari Laqith bin Shabirah ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Sempurnakan wudhuk dan selat-selatilah antara jari-jari dan bersungguh-sungguhlah pada menaikkan air ke hidung kecuali kalau engkau berpuasa.”
Dikeluarkan oleh ‘Empat’, dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah.


Berdasarkan hadits yang diriwayat oleh Ahmad dan Nasaie ‘……..dibasuhnya telapak tangannya tiga kali’ dan hadits Abdullah bin Zaid ‘……ia menuangkan air dari batil (bijana) ke atas tangannya kemudian ia mencuci kedua tangannya tiga kali’. Maka kesimpulannya kedua tangan itu dibasuh bermula dari jari-jari sehinggalah habisnya kawasan tapak tangan iaitu bertemunya dengan pergelangan tangan. Disunatkan dalam berwudhuk untuk melebihkan basuhan dari kawasan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, apabila kita membasuh tangan dari jari-jari hingga kedua pergelangan tangan maka sunat kita lebihkan basuhan melebihi kedua pergelangan tangan tersebut.

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ: سَمِعْتُ رسول الله ص يَقُول: اِنَّ اُمَّتِيْ يَأْتُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِيْنَ مِنْ اَثَرِ الْوُضُوءِ فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ اَنْ يُطِيْلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ
Daripada Abu Hurairah ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya umatku akan datang di hari kiamat dalam keadaan cemerlang muka dan dua tangannya dari bekas wudhuk, oleh itu barangsiapa daripada kamu yang boleh melebarkan cemerlangnya hendaklah ia berbuat. Muttafaq ‘Alaih dan lafaz di atas bagi Muslim.

Daripada sekian banyak hadits darihal membasuh tangan, maka dapatlah disimpulkan tentang cara-cara membasuh tangan adalah seperti berikut:

1. Menuangkan air ke tapak tangan kanan
2. Membasuh kedua tangan dengan menggosok-gosok kedua tangan bergilir-gilir
3. Menyelat atau menyeli jari-jari dari kedua tangan berulang-ulang
4. Membasuh dan meratakan dari hujung jari-jari sehinggalah kedua pergelangan tangan dengan menyelat-nyelat antara jari-jari
5. Sunat meratakan air dengan melebarkan dari kawasan yang sepatutnya ia basuh
6. Diulangi langkah (1) hingga (5) sebanyak tiga kali

Berkumur & Menaikkan air ke hidung
Dalam sepotong hadits yang diriwayat oleh Ahmad dan Nasaie, daripada Ali :

اَنَّهُ دَعَا بِوَضُوءٍ فَتَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَنَثَرَ بِيَدِهِ الْيُسْرَى فَفَعَلَ هَذَا ثَلاثًا ثُمَّ قَالَ: هَذَا طَهُورُ نَبِيِّ الله صلى الله عليه وسلم
Bahawa Ali meminta air untuk berwudhuk, maka ia berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidungnya dan menghembuskannya keluar dengan tangan kiri. Dilakukan perbuatan ini sebanyak tiga kali kemudian ia berkata: Beginilah caranya Nabi saw. bersuci.

Daripada Abdullah bin Zaid ia berkata:
اَنَّ رسولَ الله ص تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ مِنْ كَفٍّ وَاحِدٍ فَعَلَ ذَلِكَ ثَلاثًا. وَفِى رِوَايَةٍ: تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ بِثَلاثِ غَرَفَاتٍ
Bahawa Rasulullah saw. berkumur-kumur dan menaikkan air ke hidung dari satu tangan, dilakukan demikian tiga kali. Dan menurut satu riwayat: “Rasulullah saw. berkumur dan menghembuskan air dari hidung dengan tiga kali saukan. Muttafaq ‘Alaih.

عَنْ عَلِيٍّ – فِيْ صِفَةِ الْوُضُوء – ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلاثًا يُمَضْمِضُ وَيَسْتَنْثِرُ مِنَ الْكَفِّ الَّذِي يَأْخُذُ مِنْهُ الْمَاءَ
Daripada Ali – tentang sifat wudhuk – “….kemudian Nabi saw. berkumur-kumur dan menghembuskan air dari hidung tiga kali, beliau berkumur-kumur dan menghembuskan air dari hidung dari tangan yang ia ambil air dengannya. Riwayat Abu Daud dan Nasaie

Abdu Khair memberitakan: Sewaktu kami sedang duduk, kami menumpukan perhatian kepada Ali bin Abi Thalib sewaktu ia sedang berwudhuk, di mana ia memasukkan air pada tangan kanannya memenuhi mulutnya lalu ia berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung; dan dengan menggunakan tangan kirinya ia menghembuskannya keluar. Ia melakukan perbuatan ini tiga kali kemudian ia berkata: “Siapa ingin melihat bagaimana Rasulullah saw. bersuci maka inilah cara bersucinya”. Riwayat ad-Darimi. Al-Albani memandang sanadnya shahih.

Demikianlah hadits-hadits yang boleh dijadikan alasan dalam bab berkumur-kumur dan menghisap air ke dalam hidung iaitu hadits-hadits yang menurut pengkajian ahli hadits terlepas dari kedhaifan (lemah). Namun begitu, di bawah ini turut dipaparkan sepotong hadits yang dhaif (lemah) untuk pengetahuan kita bersama.

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ عَنْ اَبِيْهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ: رَاَيْتُ رسول الله ص يَفْصِلُ بَيْنَ الْمَضْمَضَةِ وَالاِسْتِنْشَاقِ
Daripada Thalhah bin Musharrif daripada bapanya daripada datuknya ia berkata: Saya lihat Rasulullah saw. pisahkan antara berkumur-kumur dan menaikkan air ke hidung. Riwayat Abu Daud dengan isnad yang lemah.

Berdasarkan hadits-hadits tersebut di atas, adalah Rasulullah saw. dengan sekali cedokan air menggunakan tangannya, ia berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung. Diulanginya sedemikian sebanyak tiga kali. Apabila menghembus air dari hidung, hendaklah menggunakan tangan kiri ke arah kiri badan dan begitu juga apabila mengeluarkan air kumuran. Ini bersandarkan hadits yang berbunyi:

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ وَاَبِيْ سَعِيْد اَنَّ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم رَاَى نُخَامَةً فِى جِدَارِ الْمَسْجِدِ فَتَنَاوَلَ حَصَاةً فَحَتَّهَا وَقَالَ: اِذَا تَنَخَّمَ اَحَدُكُمْ فَلاَ يَتَنَخَّمَنَّ قِبَلَ وَجْهِهِ وَلاَ عَنْ يَمِيْنِهِ وَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ اَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ الْيُسْرَى
Daripada Abu Hurairah dan Abi Said bahawa Rasulullah saw. melihat kahak menempel di dinding masjid lalu ia mengambil batu dan menggosoknya lalu berkata: Apabila salah seorang di antara kamu meludah, maka janganlah sekali-kali ia meludah ke depan dan jangan pula ke kanannya tetapi hendaklah ia meludah ke kirinya atau ke bawah kakinya yang sebelah kiri. Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim.

Sebuah hadits lagi berbunyi:

وَعَنْ اَنَس اَنَّ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: اِذَا قَامَ اَحَدُكُمْ فِى صَلاَتِهِ فَلاَ يَبْزُقَنَّ قِبَلَ قِبْلَتِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ اَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ ثُمَّ اَخَذَ طَرَفَ رِدَائِهِ فَبَصَقَ فِيْهِ وَرَدَّ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ فَقَالَ اَوْ يَفْعَلُ هَكَذَا
Daripada Anas bahawa Nabi saw. bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berdiri dalam solatnya maka jangan sekali-kali ia meludah ke depannya tetapi hendaklah ke kirinya atau ke bawah telapak kakinya” lalu ia (Rasulullah saw.) mengambil hujung selendangnya dan meludah di situ dan melipat sebahagian (hujung selendang) itu atas sebahagian lalu ia bersabda: “Atau dia berbuat begini”. Riwayat Ahmad dan Bukhari. [Nailul Authar :2 : 635-637]

As-Syaukani berpendapat berdasarkan hadits pertama dalam bab meludah ini, sama ada ke arah depan atau kanan baik dalam solat mahu pun luar solat hukumnya makruh. Berkata Muaz bin Jabal: Sejak aku memeluk Islam, aku tidak pernah meludah ke kanan. Demikianlah alasan dari bab meludah yang dikaitkan kepada hal meluahkan kumuran semasa berwudhuk, sama-samalah kita renungi dan cuba memahami masalah ini berdasarkan keterangan yang telah diberikan moga-moga Allah memberikan kita petunjuk jalan yang benar.



Daripada hadits-hadits tersebut di atas, berikut adalah susunan tertib cara berkumur dan menaikkan air ke hidung:

1. Mencedok air dengan tangan
2. Lalu berkumur serta menaikkan air ke hidung dari tangan yang sama
3. Menghembus keluar air dari hidung dengan tangan kiri ke sebelah kiri
4. Meluahkan air kumuran ke sebelah kiri
5. Diulangi langkah (1) hingga (4) sebanyak tiga kali

Adalah Rasulullah saw. menggunakan air sebanyak satu mudd (lebih kurang sepenuh cedokan dua tapak tangan) apabila berwudhuk dan untuk mandi pula, beliau menggunakan satu sha’ air (lebih kurang 2¼ kg). Ini berdasarkan hadits daripada Anas ia berkata:

كَانَ رسولُ اللهِ ص يَتَوَضَّاُ بِالْمُدِّ وَيَغْتَسِلُ بِالصَّاعِ اِلَى خَمْسَةِ اَمَدَادٍ.
Adalah Rasulullah saw. berwudhuk dengan (satu) mudd dan mandi dengan (satu) sha’ hingga lima mudd. Muttafaq ‘Alaih

Dan diterima daripada Ubeidillah bin Abi Yazid:

كَمْ يَكْفِيْنِى مِنَ الوُضُوءِ ؟ قَالَ مُدٌّ، قَالَ كَمْ يَكْفِيْنِىلِلْغُسْلِ ؟ قَالَ صَاعٌ، فَقَالَ الرَّجُلُ: لاَ يَكْفِيْنِى، فَقَالَ: لاَأُمَّ لَكَ قَدْ كَفَى مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْكَ: رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Ibnu Abbas r.a: Berapa cukup air bagiku untuk berwudhuk ? Ujar Ibnu Abbas: Satu mudd. Bertanya laki-laki tadi: Dan untuk mandi ? Jawab Ibnu Abbas: Satu sha’. “Ah ! tidak cukup untukku,” kata laki-laki itu pula. “Celaka, bahkan itu cukup bagi orang yang lebih baik daripadamu: Ia itu Rasulullah saw”. Ujar Ibnu Abbas. Diriwayat oleh Ahmad dan Tabrani dengan sanadnya orang-orang yang terpercaya.

Dengan alasan tersebut jelaslah jumlah air yang boleh digunakan untuk berwudhuk dan tak timbul masalah tak boleh celup dalam air yang sedikit, kerana Rasulullah saw. melakukan yang demikian (mencelup tangan dalam air) dan itulah sebaik-baik contoh.

Membasuh Muka
Membasuh muka adalah bermulanya sifat yang wajib dalam berwudhuk dengan alasan dari firman Allah yang berbunyi:

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اِذَا قُمْتُمْ اِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَاَيْدِيَكُمْ اِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوْسِكُمْ وَاَرْجُلَكُمْ اِلَى الْكَعْبَيْنِ
Yang lebih kurang bermaksud:
“Hai orang yang beriman apabila kau berdiri hendak solat, maka basuhlah mukamu dan dua tanganmu hingga ke dua siku, dan sapulah kepalamu dan (basuhlah) kakimu hingga dua buku lali.”
Surah Al-Maidah: 6

Cara membasuh muka ini ada diterangkan dalam sebuah hadits daripada Humran yang berbunyi:

عَنْ حُمْرَانَ اَنَّ عُثْمانَ دَعَا بِوَضُوءٍ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى اِلَى الْمِرْفَقِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى اِلَى الْكَعْبَيْنِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ قَالَ: رَاَيْتُ رسول الله ص تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِيْ هَذَا
Daripada Humran bahawasanya Usman meminta air wudhuk, lalu ia mencuci dua tangannya tiga kali; kemudian ia berkumur-kumur dan menaikkan air ke hidung dan menghembusnya, kemudian ia mencuci mukanya tiga kali, kemudian ia mencuci tangannya yang kanan sampai siku tiga kali, kemudian kiri seperti demikian, kemudian ia usap kepalanya, kemudian ia cuci kakinya yang kanan sampai ke buku lali tiga kali, kemudian yang kiri seperti demikian, kemudian ia berkata: Saya pernah lihat Rasulullah saw. berwudhuk seperti wudhuk saya ini. Muttafaq ‘alaih.

Menurut hadits di atas, membasuh muka itu dilakukan tiga kali iaitu diulang-ulang membasuhnya tiga kali sehingga benar-benar rata air di seluruh muka. Kita telah maklum bahawa disunatkan kita melebarkan rataan air semasa berwudhuk melebihi dari tempat yang disuruh. Apabila kita membasuh muka, mulai dari kawasan tumbuhnya rambut (lebihkan sedikit dari kawasan kulit muka) dan ratakanlah sehingga di bawah dagu dan lebarkan rataan air sehingga ke dua anak telinga.


Kesimpulannya, aturan membasuh muka itu adalah seperti di bawah ini:

1. Mencedok air dengan dua tangan
2. Membasuh muka bermula dari tumbuhnya rambut
3. Lalu dilebarkan sehingga ke dua anak telinga
4. Dan diratakan sehingga ke bawah dagu
5. Diulangi langkah (1) hingga (4) sebanyak tiga kali dan meratakan air tersebut ke seluruh kawasan muka tanpa sebarang halangan

Membasuh tangan hingga ke siku
Berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 6 yang ertinya lebih kurang bermaksud: “……. maka basuhlah mukamu dan dua tanganmu sehingga ke dua siku” dan hadits daripada Humran, dijelaskan juga di situ tentang membasuh dua tangan hingga dua siku. Dari keterangan tersebut, nyata bagi kita bahawa cara membasuh tangan itu bermula dari tangan lalu diratakan air itu sehingga ke siku. Adalah dilarang memulakan basuhan dari siku lalu diratakan ke tangan kerana ia berlawanan dengan perintah Allah dalam surah seperti tersebut di atas dan tidak dicontohkan oleh Rasulullah saw. melalui hadits-hadits yang shahih. Daripada Humran yang menceritakan sifat wudhuk Nabi saw:

ثُمَّ غَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى اِلَى الْمِرْفَقِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ
“Kemudian Rasulullah saw. membasuh tangan kanannya hingga ke siku tiga kali kemudian tangan kirinya sedemikian juga”. Muttafaq ‘Alaih.

Cara-cara membasuh dua tangan hingga ke siku adalah seperti berikut:

1. Mencedok air dengan tangan
2. Lalu membasuh tangan (dimulai tangan kanan)
3. Meratakan dari tangan ke siku
4. Sunat melebarkan lebih dari siku
5. Diulangi langkah (1) hingga (4) sebanyak tiga kali sehingga rata air tersebut tanpa halangan ke atas tangan kanan dan kiri.


Bermula dengan membasuh tangan kanan sehingga melebihi siku sebanyak tiga kali kemudian diikuti tangan kiri dengan cara yang demikian juga.

Menyapu kepala
Dalam sepotong hadits yang diriwayat oleh Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie dengan isnad yang shahih.

عَنْ عَلِيٍّ – فِى صِفَةِ وُضُوءِ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم – قَالَ: وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ وَاحِدَةً
Daripada Ali – tentang sifat wudhuk Nabi saw. – ia berkata: “…….dan ia (Nabi saw.) usap kepalanya sekali. Tirmizi berkata: Inilah hadits yang paling shahih dalam bab mengusap kepala.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ زَيْدِ بْنِ عَاصِمٍ – فِى صِفَةِ الْوُضُوء – قَالَ: وَمَسَحَ رسولُ الله ص بِرَأْسِهِ فَاَقْبَلَ بِيَدَيْهِ وَاَدْبَرَ
Daripada Abdullah bin Zaid bin ‘Ashim – tentang sifat wudhuk – ia berkata: “…….dan Rasulullah saw. usap kepalanya iaitu ia jalankan dua tangannya ke belakang dan ia kembalikannya. Muttafaq ‘Alaih

وَفِى لَفْظٍ لَهُمَا: بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ حَتَّى ذَهَبَ بِهِمَا اِلَى قَفَاهُ ثُمَّ رَدَّهُمَا اِلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ
Dan di satu lafaz lain bagi keduanya (Bukhari dan Muslim): Ia (Rasulullah saw.) mulai (mengusap) dari depan kepalanya hingga ia jalankan dua tangannya sampai tengkoknya, kemudian ia kembalikan (keduanya) ke tempat yang ia mulai daripadanya

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو– فِيْ صِفَةِ الْوُضُوءِ - قَالَ: ثُمَّ مَسَحَ بِرَاْسِهِ وَاَدْخَلَ اِصْبَعَيْهِ السَّبَّاحَتَيْنِ فِيْ اُذُنَيْهِ وَمَسَحَ بِاِبْهَامَيْهِ ظَاهِرَ اُذُنَيْهِ
Daripada Abdullah bin Amr - tentang sifat wudhuk - ia berkata: “……kemudian ia (Rasulullah saw.) usap kepalanya dan ia masukkan dua jari telunjuknya di dua telinganya dan ia usap dua telinganya di sebelah luar dengan dua ibu jarinya
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasai dan disahkan oleh Ibnu Khuzaimah

Rasulullah saw. apabila mengusap kepala dalam hadits-hadits shahih, beliau sekalikan atau satukan usapan kepala dan telinga dan dilakukan hanya sekali sahaja tidak seperti sifat wudhuk yang lain yang diulang-ulang tiga kali basuhan. Adalah difahamkan beralasan hadits-hadits shahih, bahawa telinga itu termasuk bahagian kepala dan wajib di sapu di dalam berwudhuk. Cara menyapu atau mengusap kepala menurut sunnah Rasulullah saw. adalah seperti berikut:

1. Mencedok air dengan dua tangan lalu membuang air di tangan keluar bijana (batil), ditinggalkan hanya basahan air sahaja di dua tangan.
2. Lalu meletakkan dua tangan yang basah di depan kepala dekat dahi.
3. Menjalankan dua tangan ke belakang sehingga tengkok.
4. Lalu menarik kembali ke tempat yang dimulai (dahi)
5. Kemudian diturunkan dua tangan itu ke dua telinga.
6. Diusap sebelah dalamnya dengan dua jari telunjuk dan di sebelah luarnya dengan dua ibu jari.
7. Hanya dilakukan sekali sahaja seperti diatas tidak diulang.

Di bawah diberikan susunan gambaran tentang sifat menyapu kepala dan telinga.


Membasuh Kedua Kaki
عَنْ اَنَسٍ قَالَ: رَأَى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم رَجُلاً وَفِيْ قَدَمِهِ مِثْلُ الظُّفْرِ لَمْ يُصِبْهُ الْمَاءُ فَقَالَ " اِرْجِعْ فَاَحْسِنْ وُضُوءَكَ "

Daripada Anas ia berkata: Nabi saw. melihat seorang yang di kakinya tidak kena air sebesar kuku lalu ia bersabda: “Kembali dan baguskanlah wudhukmu.”
Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Nasaie

Berkata Ibnu Umar r.a:

تَخَلَّفَ عَنَّا رسولُ الله ص فِى سَفْرَةٍ فَاَدْرَكْنَا وَقَدْ اَرْهَقَنَا الْعَصْرُ فَجَعَلْنَا نَتَوَضَّأُ وَنَمْسَحُ عَلَى اَرْجُلِنَا فَنَادَى بِاَعْلَى صَوْتِهِ " وَيْلٌ لِلأعْقَابِ مِنَ النَّارِ " مَرَّتَيْنِ اَوْ ثَلاثًا
“Rasulullah saw. tertinggal daripada kami dalam sebuah perjalanan. Kemudian ia dapat menyusul kami, sedangkan di kala itu waktu ‘Asar sudah sempit. Kami segera berwudhuk dan menyapu kaki kami. Nabi saw. pun berseru sekeras suaranya dua atau tiga kali: “Celaka berupa api neraka bagi tumit-tumit!”(disebabkan basuhan yang tidak sempurna). Muttafaq ‘Alaih.

Daripada Humran menceritakan perihal wudhuk Rasulullah saw:

ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى اِلَى الْكَعْبَيْنِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ ثُمَّ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ
“Kemudian beliau (Rasulullah saw.) membasuh kaki kanannya sehingga dua buku lalinya tiga kali kemudian membasuh kaki kirinya sedemikian juga”. Muttafaq ‘Alaih. Berkata Abdurrahman bin Abi Laila: Para sahabat Rasulullah s.a.w sepakat tentang wajibnya membasuh kedua mata kaki. (Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fikih Sunnah)

Al-Mustaurid bin Syadaad memberitakan:

رَاَيْتُ رسولَ الله ص اِذَا تَوَضَّأَ يُدَلِّكُ اَصَابِعَ رِجْلَيْهِ بِخِنْصِرِهِ
“ Saya melihat Rasulullah saw. apabila berwudhuk ia menggosok anak-anak jari kedua kakinya dengan jari kelingkingnya. Riwayat Abu Daud dengan darjat shahih.

عَنِ ابْنِ عَبَّاس اَنَّ رسول الله ص قَالَ: اِذَا تَوَضَّأْتَ فَخَلِّلْ بَيْنَ اَصَابِعِ يَدَيْكَ وَرِجْلَيْكَ
Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw. bersabda: Apabila engkau berwudhuk maka selat-selatlah antara jari kedua-dua tanganmu dan kedua-dua kakimu. Riwayat Tirmizi dengan darjat hasan.

Beralasan dari Al-Quran, surah al-Maidah: 6 yang lebih kurang maksudnya: “…..dan (basuhlah) kaki-kaki kamu hingga dua mata kaki (buku lali).”Dan keterangan dari hadits-hadits di atas dan sebelumnya (hadits-hadits yang dipelajari dari bab wudhuk sebelumnya) maka cara-cara berwudhuk adalah seperti dibawah:

1. Mencedok air dengan tangan.
2. Membasuh dan meratakan dari hujung kaki dan diselat-selat jari-jari kaki.
3. Lalu dibasuh dan diratakan sehingga ke dua mata kaki.
4. Diulangi langkah (1) hingga (3) sebanyak tiga kali dan rataan air hendaklah ke seluruh bahagian kaki yang diperintahkan tanpa sebarang halangan serta sunat dilebarkan basuhan tersebut dari kawasan yang ditetapkan.


PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHUK
Untuk mengetahui tentang perkara-perkara yang membatalkan wudhuk maka hendaklah kita merujuknya menurut keterangan yang jelas.

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رسولُ الله ص: اِذَا وَجَدَ اَحَدُكُمْ فِى بَطْنِهِ شَيْئًا، فَاَشْكَلَ عَلَيْهِ اَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ اَمْ لاَ فَلاَ يَخْرُجَنَّ مِنَ الْمَسْجِدِ حَتّى يَسْمَعَ صَوْتًا اَوْ يَجِدَ رِيْحًا
Daripada Abu Hurairah ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: “Apabila seseorang daripada kamu merasa sesuatu di dalam perutnya, iaitu meragukan dia adakah keluar daripadanya sesuatu atau tidak, maka janganlah ia keluar dari masjid (buat berwudhuk) hingga ia dengar suara atau ia rasa angin.” Dikeluarkan oleh Muslim.

Hadits ini dengan jelas menerangkan jika kita timbul rasa was-was sama ada kentut atau tidak, maka pastikan kita yakin mendengar bunyi atau rasa angin (ada yang mengatakan baunya). Jika tidak yakin perkara tersebut berlaku, maka tak perlulah kita berwudhuk lagi. Sebuah hadits dari lafaz Bukhari:

عَنْ عَلِيِّ بْنِ اَبِيْ طَالِبٍ قَالَ: كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَاَمَرْتُ الْمِقْدَادَ اَنْ يَسْأَلَ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم فَسَأَلَهُ فَقَالَ "فِيْهِ الْوُضُوءُ"
Daripada Ali bin Abi Talib ia berkata: Adalah saya seorang yang sangat bermazi, lalu saya suruh Miqdad bertanya kepada Nabi saw lalu ia bertanya, maka sabdanya: “Wajib berwudhuk di tentang itu.”- Muttafaq ‘Alaih -

Hadits ini menjelaskan orang yang keluar mazi itu perlu berwudhuk jika ia hendak sembahyang atau melakukan ibadah lain yang perlu kepada wudhuk. Dalam sebuah hadits yang disahkan dia oleh Tirmizi dan Ibnu Hibban yang berbunyi:

عَنْ بُسْرَةَ بِنْتِ صَفْوَان اَنَّ رسولَ الله ص قَالَ: مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلْيَتَوَضَّأْ
Dari Busrah binti Shafwan bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda: “Barang siapa menyentuh kemaluannya hendaklah ia berwudhuk.” Diriwayatkan oleh ‘Lima’ dan berkata Imam Bukhari: Ia sebaik-baik hadits di dalam bab ini.
Hadih seterusnya daripada Abu Hurairah:

اَنَّ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: مَنْ اَفْضَى بِيَدِهِ اِلَى ذَكَرٍ لَيْسَ دُوْنَهُ سِتْرٌ فَقَدْ وَجَبَ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ
Bahawa Nabi saw bersabda: “Siapa yang membawa tangannya ke kemaluan tanpa ada yang membatas, maka wajib berwudhuk.” Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim, disahkan hadits ini oleh Hakim dan Ibnu Abdil Bir.

Ini adalah dalil-dalil bagi pihak yang mengatakan bahawa bersentuh tangan dengan kemaluan itu membatalkan wudhuk.

Pihak kedua pula mengatakan batal jika dengan tapak tangan tetapi tidak batal jika dengan belakang tangan - ini adalah pandangan golongan As- Syafieyah. Berkata Ibnu Hazim, bagi pendapat tersebut tidak ada dalil sama ada dari kitab (Al-Quran) atau As-Sunnah, dan tidak pada ijmak, tidak pula dikata oleh sahabat. Tidak ada qiyas dan tidak ada pendapat yang shahih. Rujuk Subulus Salam dan Sahahu Ibnu Hibban.
Pihak kedua ini banyak pertikaian dan tidak kukuh penghujahannya.

Bagi pihak yang ketiga mereka mengatakan bersentuh tangan dengan kemaluan itu tidak batal kerana hadits daripada Thalq:

اَنَّ رَجُلاً سَأَلَ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم عَنْ رَجُلٍ يَمَسُّ ذَكَرَهُ هَلْ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ فَقَالَ: لاَ اِنَّمَا هُوَ بَضْعَةٌ مِنْكَ
Bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw. perihal seorang lelaki yang menyentuh kemaluannya, apakah ia wajib berwudhuk? Ujar Nabi saw: “Tidak, itu hanya merupakan sepotong anggota daripadamu.” Diriwayatkan oleh yang ‘Lima’ dan disahkan oleh Ibnu Hibban. Berkata Ibnu Madini: “ Hadits ini lebih baik dari hadits Busrah.”

Keterangan
Berhubung dengan perkara ini Ibnu Hazmi berkata, bahawa hadits Thalq Ibnu Ali yang mengatakan perbuatan demikian tidak membatalkan wudhuk, sebenarnya pada awal hijrah sebelum Rasulullah saw. mengimarahkan masjidnya. Hadits ini telah dimansuhkan dengan hadits daripada Busrah yang di akhir Islam. Dalam hadits Thalq ada seorang daripada perawinya bernama Qais bin Thaliq. Imam As-Syafie berkata sesungguhnya kami bertanya (menyiasat) berhubung dengan Qais bin Thaliq, maka kami tidak dapati orang yang mengetahuinya.

Imam Malik memberi pandangan dalam hal ini, apabila dua hadits bertentangan (hadits yang boleh dibuat hujah), maka dia berpandangan sesiapa yang menyentuh kemaluannya maka disunatkan dia mengambil wudhuk bukan diwajibkan. Rujuk Subulus Salam, Juz 2 m.s 68.
Sebuah hadits Muttafaq ‘Alaih daripada Aisyah yang berbunyi:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: جَاءَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ اَبِيْ حُبَيْشٍ اِلَى النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ: يَا رسولَ الله اِنِّيْ امْرَأَةٌ اُسْتَحَاضُ فَلاَ اَطْهُرُ اَفَاَدَعُ الصَّلاةَ قَالَ: لاَ اِنَّمَا ذَلِكَ عِرْقٌ وَلَيْسَ بِحَيْضٍ فَاِذَا اَقْبَلَتْ حَيْضَتُكِ فَدَعِى الصَّلاَةَ وَاِذَا اَدْبَرَتْ فَاغْسِلِيْ عَنْكِ الدَّمَ ثُمَّ صَلِّيْ
Daripada Aisyah ia berkata: Telah datang Fatimah binti Abi Hubaisy kepada Nabi saw lalu berkata: Ya Rasulullah! Sesungguhnya saya seorang perempuan yang berpenyakit istihadhah hingga saya tidak suci. Lantaran itu apakah boleh saya tinggalkan solat? Sabdanya: “Jangan! Yang demikian itu dari urat dan bukan haid. Maka apabila datang haidmu, tinggalkanlah solat, dan apabila ia berhenti, cucilah daripadamu darah itu (mandi), kemudian solat”.

Berhubung dengan hukum istihadhah mengikut Al-Bukhari hadits Aisyah tadi ada tambahan, iaitu ‘kemudian hendaklah kamu mengambil wudhuk bagi setiap solat’. Tetapi Muslim berkata tambahan tadi ditiadakan dengan sengaja. Tambahan ini menunjukkan bahawa istihadhah itu membatalkan wudhuk. Maka apabila hendak bersembahyang wajib berwudhuk, dan apabila selesai sembahyang dan istihadhah itu masih ada maka untuk waktu yang seterusnya hendaklah ia berwudhuk semula.

Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan disahkan oleh Daraquthni dan asalnya di dalam Muslim:

عَنْ اَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: كَانَ اَصْحَابُ رسولِ الله ص – عَلَى عَهْدِهِ – يَنْتَظِرُونَ الْعِشَاءَ حَتَّى تَخْفِقَ رُءُوسُهُم ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلاَ يَتَوَضَّئُونَ
Daripada Anas bin Malik ia berkata: Adalah sahabat-sahabat Rasulullah saw di zamannya, mereka menunggu (solat) Isyak hingga terangguk-angguk kepala mereka, kemudian mereka solat, padahal mereka tidak berwudhuk (lagi).

Menurut satu riwayat di dalam Baihaqi, yang maksudnya: Anas berkata: “Sahabat-sahabat itu dibangunkan (dari tidur) untuk solat padahal saya dengar sebahagian daripada mereka telah berdengkur”.

Ibnu Mubarak seorang ahli hadits berpendapat mereka itu tidur sambil duduk. Menurut riwayat Yahya Al-Qath-than yang maksudnya: Anas berkata: “Bahawa sahabat-sahabat itu tidur dengan miring”. Daqiq Al-Aid mengatakan yang dimaksudkan ialah tidur yang sedikit. Dari hal tidur itu memang ada hadits yang menceritakan tentang batalnya wudhuk iaitu bersandarkan hadits Shafwan bin ‘Assal:

كَانَ رسولُ الله ص يَأْمُرُنَا اِذَا كُنَّ سَفْرًا اَنْ لاَ نَنْزِعَ خِفَافَنَا ثَلاثَةَ اَيَّامٍ وَلَيَالِيَهُنَّ اِلاَّ مِنْ جَنَابَةٍ وَلَكِنْ مِنْ غَائِطٍ وَبَوْلٍ وَنَوْمٍ
“Rasulullah saw. memerintahkan apabila kami sedang berada dalam perjalanan supaya kami tidak usah membuka sepatu selama tiga hari tiga malam lantaran buang air besar atau kecil atau tidur, kecuali lantaran janabah”. Diriwayat oleh Ahmad, Nasaie dan Tirmizi yang mengatakan sahnya.

Apa yang menjadi perbincangan para ulama dalam bab ini ialah selama mana atau dalam keadaan mana tidur yang membatalkan wudhuk. Apa yang boleh disimpulkan bahawa tidur itu, selagi tidak hilang keyakinan kita tentang masih adanya wudhuk maka tak perlu kita berwudhuk tetapi jika sampai keliru dan ragu-ragu apabila kita bangun dari tidur maka yang terbaiknya kita berwudhuk kembali. Sabda Rasulullah saw:

اَنَّ رسولَ الله ص قَالَ: لَوْ لاَ اَنْ اَشُقَّ عَلَى اُمَّتِيْ لاَمَرْتُهُمْ عِنْدَ كُلِّ صَلاَةٍ بِوُضُوءٍ وَمَعَ كُلِّ وُضُوءٍ بِسِوَاكٍ
Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Kalau tidaklah akan memberatkan bagi umatku, tentu ku suruh mereka berwudhuk setiap hendak solat, dan agar mereka menggosok gigi setiap berwudhuk.”
Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad yang hasan.

Bab Menyentuh Perempuan: Untuk penjelasannya mestilah kita merujuk keterangan-keterangan dari bab ini. Firman Allah: [Al-Maidah : 6]

وَاِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَاِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى اَوْ عَلَى سَفَرٍ اَوْ جَاءَ اَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ اَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيْدًا طَيِّبًا
Ertinya lebih kurang bermaksud:
“……dan sekiranya kamu berjunub maka hendaklah kamu bersihkan dengan mandi janabah. Jika kamu sakit (tidak boleh guna air) atau dalam perjalanan atau pun pergi tandas (buang air besar atau kecil) atau menyentuh wanita (bersetubuh) dan kamu tidak mendapati air, maka hendaklah bertayamum dengan tanah yang bersih”.

Berhubung perkara sentuh perempuan dalam ayat di atas, ulama-ulama berselisih pendapat tentang tafsir ayat “او لامستم النساء” .Berlaku perkara ini diantara sebabnya adalah perbezaan cara bacaan ayat tersebut.

1) Cara bacaan yang pertama: “او لامستم النساء” iaitu dengan memanjangkan bacaan “لا” yang ada “اليف” yang membawa maksud bersetubuh.

2) Cara bacaan kedua adalah bacaan: “او لمستم النساء” iaitu dengan memendekkan bacaan “ل” yang tidak ada “اليف” yang membawa maksud sentuh.

Maka disebabkan perbezaan ini, lahirlah tiga pendapat yang masyhur iaitu:

1) Pendapat Imam Abu Hanifah yang mengatakan bahawa “او لامستم النساء” bermaksud setubuh. Maka dengan bersetubuh sahajalah yang membatalkan wudhuk. Sentuh sahaja tidak membatalkan, walaupun dengan syahwat.

2) Pendapat Imam Syafei mengatakan bahawa “او لامستم النساء” itu ialah sentuh bukan setubuh. Maka bersentuh sahaja lelaki dan perempuan maka batallah wudhuk walaupun tanpa syahwat.

3) Pendapat Imam Malik dan Ahmad mengatakan bahawa “او لامستم النساء” ialah sentuh yang bersungguh-sungguh, iaitu dengan syahwat. Maka dengan demikianlah membatalkan wudhuk. Tetapi jika bersentuh tanpa syahwat, tidak membatalkan wudhuk.

Apabila berlaku perselisihan pendapat seperti ini maka kembalilah kepada Allah . FirmanNya:

وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيْهِ مِنْ شَيْءٍ فَحُكْمُهُ اِلَى الله
Bermaksud: “Dan apa-apa yang kamu perselisihkan tentang sesuatu, maka kembalilah hukumnya kepada Allah.” As-Syura ayat 10, [42: 10]

FirmanNya lagi: An-Nisa’ayat 59, [4: 59]

يَاَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا اَطِيْعُوا اللهَ وَاَطِيْعُوا الرَّسُولَ وَاُوْلِى الأَمْرِ مِنْكُمْ فَاِنْ تَنَازَعْتُمْ فِى شَيْءٍ فَرُدُّوهُ اِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ اِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَاَحْسَنُ تَأْوِيْلاً
Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan orang-orang yang mengurus pekerjaan di kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah tentang sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembalikan perkara tersebut kepada Allah dan Rasul jika benar kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan.”

Jangan kita kembali kepada Mazhab, kerana jika ada sepuluh Mazhab maka mungkin akan wujud sepuluh pendapat dan kita bimbang akan bertambahlah perpecahan dalam Islam. Apabila kita kembali kepada Allah maka yang dapat menunjuk jalan dan pedoman kepada kita adalah Al-Quran dan Sunnah RasulNya. Firman Allah:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَ مُؤْمِنَةٍ اِذَا قَضَى اللهُ وَرَسُولُهُ اَمْرًا اَنْ يَكُوْنَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ اَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً مُبِيْنًا
Bermaksud:
Tidak sepatutnya bagi lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman apabila Allah dan RasulNya memutuskan sesuatu urusan, mereka memilih urusan mereka sendiri. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya, maka ia telah sesat dalam kesesatan yang nyata.” Al-Ahzab ayat 33, [33: 36].

FirmanNya lagi:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيْ رَسُولِ اللهِ اُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
Bermaksud:
Sesungguhnya pada Rasulullah sudah ada contoh yang baik bagimu”. Al-Ahzab ayat 21, [33: 21].

Bersandarkan pada ayat-ayat Al-Quran di atas maka apa yang perlu kita lakukan dalam masalah ini adalah kembali kepada apa yang dicontohkan oleh Rasulullah saw. untuk mendapatkan tafsiran yang sebenarnya kerana dialah yang menerima wahyu Allah dan memahami dengan jelas maksud ayat tersebut.

عَنْ عَائِشَة قَالَتْ اَنَّ رسولَ الله ص قَبَّلَهَا وَهُوَ صَائِمٌ وَقَالَ: اِنَّ الْقُبْلَةَ لاَ تَنْقُضُ الْوُضُوءَ وَلاَ تُفْطِرُ الصَّائِمَ
Daripada Aisyah ia berkata bahawa Rasulullah saw. menciumnya sedang beliau berpuasa. Kemudian sabdanya (Nabi saw): “Sesungguhnya ciuman tidak membatalkan wudhuk dan tidak pula membatalkan puasa.”
Diriwayatkan oleh Ishak bin Rahawaih dan juga Al-Bazzar dengan sanad yang baik.
Menurut Abdul Hak, tidak ada cacat cela untuk mengamalkannya. Fikih Sunnah m.s :113.

عَنْ عَائِشَة قَالَتْ فَقَدْتُ رسولَ الله ص ذَاتَ لَيْلَةٍ مِنَ الْفِرَاشِ فَالْتَمَسْتُهُ فَوَضَعْتُ يَدِيْ عَلَى بَطْنِ قَدَمَيْهِ وَهُوَ فِى الْمَسْجِدِ وَهُمَا مَنْصُوبَتَانِ وَهُوَ يَقُول " اللهم اِنِّيْ اَعُوْذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَاَعُوْذُ بِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوْبَتِكَ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لاَ اُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ اَنْتَ كَمَا اَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ
Daripada Aisyah ia berkata: Pada suatu malam aku kehilangan Rasulullah saw. dari tempat tidur, lalu aku pun mencarinya (dalam gelap) maka teraba oleh tanganku telapak kakinya yang tertegak kerana ia sedang sujud dan membaca: Allahumma inni a’udzu biridhoka min sakhothika wa a’udzu bimu a‘afatika min ‘uqubatika, wa a’udzu bika minka, la uhshi tsanaan ‘alaika, anta kama atsnaita ‘ala nafsik. (Ya Allah, aku berlindung dengan redha-Mu dari murka-Mu, aku berlindung dengan keampunan-Mu dari siksa-Mu, aku berlindung dengan-Mu daripada-Mu, tiada terhitung puji-pujianku kepada-Mu, Engkau adalah sebagaimana yang telah Engkau puji atas diri-Mu sendiri. Hadits riwayat Muslim dan Tirmizi serta disahkan ia oleh Tirmizi.

عَنْ عَائِشَة اَنَّ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ اِلَى الصَّلاة وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
Daripada Aisyah bahawa Nabi saw. mencium sebahagian isteri-isterinya lalu pergi sembahyang tanpa berwudhuk lagi.”
Hadits riwayat Ahmad dan ‘Empat’ dengan sanad yang orang-orangnya dapat dipercayai.

عَنْ عَائِشَة قَالَتْ كُنْتُ اَنَامُ بَيْنَ يَدَى رسولِ الله ص وَرِجْلاَىَ فِى قِبْلَتِهِ فَاِذَا سَجَدَ غَمَزَنِيْ فَقَبَضْتُ رِجْلَىَّ فَاِذَا قَامَ بَسَطْتُها
Daripada Aisyah ia berkata: Aku tidur di hadapan Rasulullah saw. sedang kedua kakiku di arah kiblatnya. Maka apabila beliau sujud dirabanya (dipicitnya) aku lalu kutarik kakiku dan apabila beliau berdiri kuhulurkan kembali kedua kakiku. Bukhari dan Muslim

Dalam bab menyentuh perempuan, tiada diperoleh keterangan yang shahih dan jelas daripada Rasulullah saw. menunjukkan batalnya wudhuk apabila bersentuhan dengan perempuan.


PENJELASAN TENTANG SENTUH PEREMPUAN
1. Jika sentuh perempuan itu batal, tentulah sentuh ibu, saudara perempuan, anak perempuan, juga batal kerana ayat 6 Surah Al-Maidah itu tidak membezakan perempuan dan tidak juga ada keterangan lain dari hal wudhuk yang membezakan antara ibu, anak perempuan dan perempuan lain.

2. Apabila difaham bersentuh perempuan itu batal, maka sentuh bajunya juga boleh dikira batal kerana ayat Al-Quran tadi tidak membatas sentuh berlapik atau sentuhan terus ke kulitnya.

Jalan yang terbaik, kembalilah kepada Sunnah Rasulullah saw. kerana demikianlah perintah Allah kepada orang yang beriman. Akan tetapi setelah jelas kebenaran kepada kita, setelah kita mengetahui dengan terang contoh daripada Rasulullah saw. lalu kita tidak berpuas hati/tidak yakin dengan cara tersebut dan menolak Sunnahnya maka sesungguhnya kita telah kufur kepada Rasulullah saw. Keputusan yang tepat dan benar menurut Al-Quran dan Sunnah dari hadits yang shahih : Sentuh perempuan itu tidak membatalkan wudhuk, sama ada bernafsu atau tidak bernafsu selagi tidak bersetubuh dengannya.
Sabda Rasulullah saw:

فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ
Maka barangsiapa yang tidak suka akan Sunnahku (menyimpang dari Sunnahku), maka dia bukan dari golonganku. Muttafaq ‘Alaih.

DOA SELEPAS WUDHUK DAN KELEBIHAN BERWUDHUK
Antara doa selepas berwudhuk yang shahih riwayatnya tanpa ada perselisihan ulama ialah hadits daripada Umar:

عَنْ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رسول الله ص: مَا مِنْكُمْ مِنْ اَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُسْبِغُ الْوُضُوءَ ثُمَّ يَقُول " اَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ " اِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ اَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ اَيِّهَا شَاءَ
Daripada Umar ia berkata: Telah bersabda Rasulullah saw: Tidak seorang pun dikalangan kamu yang berwudhuk lalu disempurnakan wudhuknya, kemudian ia membaca: “Asyhadu allaa ilaaha illal-laahu wahdahu laasyarikalah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh.” (Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, Dia yang Esa, tidak ada sekutu bagiNya, dan aku mengaku bahawa Muhammad itu hamba dan utusan-Nya), kecuali dibukakan baginya pintu syurga yang lapan itu, hingga ia dapat masuk dari mana pun yang disukainya. Diriwayatkan oleh Muslim.

Sesungguhnya wudhuk itu satu amalan yang mulia dan diperintahkan dalam Islam agar dilakukan dengan sempurna, bukan dilakukan sekadar pelepas atau ala kadar. Rugilah bagi orang-orang yang mengabaikan ibadah wudhuk, melaksanakannya dengan cuai dan tidak menepati Sunnah Rasulullah saw, kerana tidak diterima amalan tanpa ilmu yang benar dari peninggalan Rasulullah saw, beliau adalah utusan Allah yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan, mencontohkan, mengajarkan kepada kita jalan atau cara melaksanakan sesuatu amal ibadat.

Maka rugilah orang-orang yang mengangkat ulama sebagai panduan dan meninggalkan Sunnah Rasulullah saw. Keingkaran mereka untuk menerima Sunnah Rasul tidak lain hanya akan menyebabkan mereka tercampak ke lembah kesesatan dan kekufuran. Tidak ada seorang ulama pun yang mampu lari dari kesilapan dan bersifat maksum, sesungguhnya Allah memelihara dan menjaga Rasul-Nya dari kesalahan dalam urusan agamaNya. Firman Allah:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى اِنْ هُوَ اِلاَّ وَحْىٌ يُوحَى
Bermaksud:
“Dan tiadalah yang diucapkan itu menurut hawa nafsunya. Ucapan itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan.” An-Najm ayat 3-4, [53: 3-4]

Ancaman Allah kepada orang-orang tidak mahu menurut, menerima Sunnah Rasul setelah mereka mengetahui / dijelaskan keterangan kepada mereka tetapi masih tetap degil dan mengingkarinya.Firman-Nya:

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيْرًا
Bermaksud:
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang Mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah di kuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahanam, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali.” An-Nisaa’ ayat 115, [4:115].

Tidak payahlah kita mereka-reka doa sebelum dan sesudah wudhuk cukuplah dengan doa yang telah dicontohkan Rasulullah saw. Tinggalkanlah amalan yang lahir dari nafsu dan akal yang tidak terpimpin yang telah keliru dan tersasar ke jalan Syaitan. Kembalilah kepada jalan yang benar iaitu jalan yang terpimpin menurut Al-Quran dan Sunnah Rasul.
Firman Allah:

وَاَنَّ هَذَا صِرَاطِيْ مُسْتَقِيْمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيْلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Bermaksud:
“Sesungguhnya inilah jalan-Ku yang lurus, oleh itu hendaklah kamu ikutinya dan janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu akan mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepada kamu agar kamu bertaqwa.” Al-An’aam ayat 153, [6:153].

Di antara kelebihan wudhuk yang dijelaskan oleh Rasulullah saw. bahawa wudhuk yang sempurna itu akan menghapuskan dosa-dosa. Sabda Rasulullah saw:

عَنْ اَنَسٍ اَنَّ رسولَ الله ص قَالَ: اِنَّ الْخَصْلَةَ الصَّالِحَةَ تَكُوْنُ فِى الرَّجُلِ يُصْلِحُ اللهُ بِهَا عَمَلَهُ كُلَّهُ وَطَهُورُ الرَّجُلِ لِصَلاَتِهِ يُكَفِّرُ اللهُ بِطُهُورِهِ ذُنُوبَهُ وَتَبْقَى صَلاَتُهُ لَهُ نَافِلَةً
Daripada Anas bahawa Rasulullah saw. bersabda: Dengan perangai yang baik yang terdapat pada seorang lelaki, Allah menyempurnakan segala amalnya, dan dengan bersuci untuk mengerjakan solat, Allah menghapuskan dosa-dosanya, hingga bulatlah solat itu menjadi pahala baginya.”
Di riwayat oleh: Abu Ya’la, Bazzar, dan Thabrani dalam Al-Ausath.

عَنْ عَبْدِ الله الصُّنَابِجِىّ اَنَّ رسولَ الله ص قَالَ: اِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ فَمَضْمَضَ خَرَجَتِ الْخَطَايَا مِنْ فِيْهِ فَاِذَا اسْتَنْثَرَ خَرَجَتِ الْخَطَايَا مِنْ اَنْفِهِ فَاِذَا غَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَتِ الْخَطَايَا مِنْ وَجْهِهِ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ اَشْفَارِ عَيْنَيْهِ فَاِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَتِ الْخَطَايَا مِنْ يَدَيْهِ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ اَظَافِرِ يَدَيْهِ فَاِذَا مَسَحَ بِرَأْسِهِ خَرَجَتِ الْخَطَايَا مِنْ رَأْسِهِ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ اُذُنَيْهِ فَاِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتِ الْخَطَايَا مِنْ رِجْلَيْهِ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ اَظَافِرِ رِجْلَيْهِ ثُمَّ كَانَ مَشْيُهُ اِلَى الْمَسْجِدِ وَصَلاَتُهُ نَافِلَةً
Daripada Abdullah Ash Shunabiji bahawa Rasulullah saw bersabda: Apabila seorang hamba berwudhuk lalu berkumur-kumur, keluarlah dosa-dosa dari mulutnya, maka apabila ia membersihkan hidung, dosa-dosa akan keluar pula dari hidungnya, begitu juga tatkala ia membasuh muka, dosa-dosa akan keluar dari mukanya hingga keluar juga dari bawah pinggir kelopak matanya. Apabila ia membasuh kedua tangan, dosa-dosanya akan keluar dari tangannya hingga turut keluar dari bawah kukunya, demikian pula halnya bila ia menyapu kepala, dosa-dosanya akan keluar dari kepalanya hingga turut keluar dari kedua telinganya. Begitu juga tatkala ia membasuh kedua kaki, keluarlah dosa-dosa dari kakinya hingga turut keluar dari bawah kuku jari-jari kakinya. Kemudian tinggallah perjalanannya ke masjid dan solatnya menjadi pahala yang bersih baginya.
Diriwayatkan oleh Malik, Nasaie, Ibnu Majah dan Hakim.

Betapa pentingnya kita menjaga wudhuk, menyempurnakan wudhuk itu dengan cara yang dicontohkan oleh Rasulullah saw. Bukan hanya dengan bertaubat dosa-dosa kita diampunkan malah dengan menyempurnakan wudhuk juga membersihkan dosa-dosa, Maha Pemurah Tuhan yang memberikan kemudahan dan keampunan kepada hamba-Nya.
Sabda Rasulullah saw:

عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَة اَنَّ رسولَ الله ص قَالَ: اَلاَ اَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ قَالُوا بَلَى يَا رسولَ الله قَالَ " اِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا اِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: Mahukah saya tunjukkan padamu hal-hal dengan mana Allah menghapuskan dosa-dosamu serta mengangkat darjatmu? Mereka berkata: Mau ya Rasulullah. Sabda Rasulullah saw: “Menyempurnakan wudhuk menghadapi segala kesusahan, dan sering melangkah mengunjungi masjid, serta menunggu solat demi solat. Itulah perjuangan!,Itulah perjuangan!, Itulah perjuangan!”.
Diriwayatkan oleh Malik, Muslim, Tirmizi dan Nasaie.

Hadits ini membawa maksud orang yang terus-menerus bersuci dan beribadat sama nilainya dengan berjihad fi sabilillah. Betapa besarnya kelebihan berwudhuk dan melakukannya dengan sempurna menurut cara-cara yang diterangkan dari Al-Quran dan Sunnah Rasul. Marilah kita berwudhuk dengan cara berilmu yang benar dan meninggalkan amalan-amalan taksub dan menurut orang tanpa penjelasan yang terang menurut Sunnah Rasul saw.

Ketika berwudhuk elakkkan dari pembaziran air dengan berbagai-bagai alasan dari fahaman Mazhab-Mazhab seperti air dua kolah, air musta’mal dan berbagai tambahan doa kerana perbuatan itu tidak lain hanya perbuatan menurut, tanpa keterangan yang jelas dari Al-Quran dan Sunnah Rasul. Sabda Rasulullah saw:

قَالَ رسولُ الله ص: اِنَّهُ سَيَكُوْنُ فِى هَذِهِ الأُمَّةِ قَوْمٌ يَعْتَدُوْنَ فِى الطُّهُورِ وَالدُّعَاءِ
Rasulullah saw. bersabda: Nanti akan muncul dalam kalangan ummat ini satu golongan yang berlebih-lebihan dalam bersuci dan berdoa.
Diriwayat oleh Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.

Daripada kita menokok tambah dalam urusan ibadat yang jelas terlarang dalam syariat Islam adalah lebih baik kita melaksanakan amalan-amalan sunat yang sememangnya terang daripada Rasulullah saw. Sembahyang dua rakaat sunat wudhuk adalah di antara amalan sunat yang dikerjakan oleh Rasulullah saw. selepas berwudhuk. Dalam sepotong hadits riwayat Bukhari, Muslim dan Nasaie, Rasulullah saw. bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ مِثْلَ وُضُوئِيْ هَذَا ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيْهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Siapa yang berwudhuk seperti wudhukku ini, kemudian ia solat dua rakaat dengan khusyuk (tidak ia bercakap-cakap dalam hatinya di dalam sembahyang itu), diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.

قَالَ رسولُ الله ص: مَا اَحَدٌ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ وَيُصَلِّى رَكْعَتَيْنِ يَقْبِلُ بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ عَلَيْهِمَا اِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
Telah bersabda Rasulullah saw: Tidak seorang pun yang berwudhuk dan mengelokkan wudhuknya lalu ia solat dua rakaat di mana dia berhadap (kepada Allah) padanya dengan hati dan wajahnya melainkan pastilah baginya syurga.
Diriwayat oleh Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dalam shahihnya.
 
IBADAH. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger